eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Monday, July 31, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu yang Sibuk"

Awan


Photo ini boleh kata adik beradik dengan photo yang Am paparkan dalam entry yang terdahulu, masa dan tempat dirakamkan adalah sama iaitu diberanda rumah Am

Susah betul nak dapat awan biru, Am ingat nak cuba ambil photo bunga atau daun secara close-up pula nanti tapi ada satu masalah, rumah Am tak ada bunga pulak hehehe

Awan Biru2...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Hujung minggu ini memang banyak perkara yag terjadi pada Am, yang tak disangka jadi pun ada, yang sakit hati pun ada dan yang seronok pun ada.

Anak
Anak Am punya baik minggu ini, demam dia dah ok dan melasak dia mulalah datang balik. Baru lega hati Am dan isteri. Yang baiknya ialah minggu ini tiba-tiba dia kemaskan bilik dia sendiri, lipat baju yang dulu dia sepahkan, lipat tower dan semuanya susun dalam almari cantik-cantik.

Online
Kali pertama Am beli barang secara online, beli "Note Book". Dah lama Am mengidam nak ada benda ni, kalau semua berjalan lancar, hari Jumaat ni Am akan terima benda tu. Ok gak tu, kiranya Am hadiahkan Hadiah hari jadi untuk diri sendiri

Jamuan & Mesyuarat
Hari Sabtu malam ada jamuan ditempat tinggal Am, kami memang selalu juga buat. Seperti biasa Am jadi tukang bakar, kalau dulu bakar ayam, sekarang pula bakar satay. Bukan pandai sangat pun cuma takkan Am nak datang makan aja, kena juga tolong apa yang patut. Mesyuarat pada malam Ahad untuk perlantikan AJK tempat tinggak Am berjalan dengan lancar.

Cedera
Kereta Am cedera lagi, kalai ini kena langgar dengan orang melayu pula, kiranya semua bangsa dah langgar kereta Am, dulu Cina, kemudian India sekarang melayu pula. Nasib baik orang yang langgar tu ok dan tak banyak cerita dan mengaku salah dan yang paling nasib baik dia sanggup bayar semua bill nanti.

Blogger-Idol
Sebelum lupa, nak promosi sikit pasal blog
Blogger-Idol yang Am baru tahu baru-baru ni, ok juga idea mereka ini, ada sorang kawan lama Am didunia blog ini yang jadi perserta. Semua terbuka untuk pendaftaran dulu teringin juga Am nak mendaftar tapi bila fikir balik takut nanti tak dapat berikan komitmen pula nanti. Apa-apa pun selamat berjaya kepada semua perserta. Am ada senaraikan kesemua 15 peserta Blogger-Idol kali ini, klik di "Jejak Blogger" dan pilih link perserta di "Select Blogger Idol"


Nota Kaki:
Tak tahu mana yang patut mandi bunga, Am atau kereta Am

Labels: , ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hujung Minggu yang Sibuk""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK