Bercerita tentang "Hujung Minggu"
Photo ini Am rakamkan pada hari jumaat lepas, gembira Am dapat ambil photo senja ini, bagi Am cantik kerana sebelum ini dengan kamera telefon bimbit tak secantik ini. ada beberapa keping sebenarnya, kalaua ada masa nanti Am akan cuba paparkan semuanya disini, teruja betul Am bila dapat rakamkan photo yang cantik ini Terlambat hari ini untuk update blog, sibuk sangat hari ini, pagi-pagi lagi kerja sudah beratur. Terpaksa beri no. pada kerja yang mana satu perlu dibuat dahulu. Hujung minggu tak kemana sangat tapi peliknya niat nak service kereta dan bayar duit motorsikal boleh tertunda pula. Am rasa ni gara-gara kepala rasa berat kerana melayan Piala Dunia. Portugal ke separuh akhir Piala Dunia, seronok Am tak sia-sia sokong Portugal, sebenarnya isteri Am sokong England. Dia sokong England kerana dia tak suka Portugal. Macam ini pun ada juga. Terus terang Am katakan walaupun England kalah tapi permainan cukup baik malam tu, sangat berbeza dengan permainannya sebelum ini. Brazil pula kalah, masa permulaan game tu Am dah agak yang Brazil akan kalah. Am pun ada beritahu isteri Am yang sejak dari peringkat kumpulan lagi laluan Brazil amat mudah, pusingan kedua pula bertemu Ghana, bila bertemu pasukan yang setanding silap-silap boleh kalah, betul pun ramalan Am. Memang kecewa tapi tak terperanjat pun Am. Muka permain Brazil pun macam tak terperanjat pun akan kalah. Separuh akhir nanti Portugal akan bertemu France, isteri Am dah tentu sokong France. Yang tak sedapnya Am suka juga kat si Zidane tu hehehe. Akhirnya Salima tersingkir dari Akademi Fantasia 4, sikit pun Am tak terperanjat kerana dari awal konsert Am dah kata pada isteri silap-silap minggu ini Salima tersingkir. Ok Am nak komen sikit pasal persembahan pelajar (kali pertama untuk tahun ini). Persembahan boleh kata semua pelajar amat mengecewakan, persembahan mereka boleh kata tangkap muat sahaja. Berbuihlah mulut Adlin komen tapi benda yang sama juga mereka buat. Am rasa pengetua yang kurang tegas menyebabkan pelajar ini naik lemak dan manja. Ada yang kata agar pelajar itu diberi lagu kegemaran mereka untuk mereka menunjukkan mutu vokal mereka yang sebenar tapi bagi Am untuk apa, bukankah AF itu unik kerana pelajar tak boleh memilih lagu mereka sendiri dan lagu itu sebagai tugasan atau ujian atas kemampuan mereka? Satu soalan lagi, jika AF1, AF2 dan AF3 boleh lakukan, kenapa mereka tak boleh? Satu lagi, kecewa dengan penonton, ada ker boleh jerit nama Salima, tahulah dia nak keluar, bila orang cakap tak ada Adab marah tapi itu ada adab ker?
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hujung Minggu""