eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Wednesday, June 28, 2006

Bercerita tentang "Biadap, Hon dan Senyum"

Tengahari


Photo ini minggu lepas Am rakamkan dengan kamera Canon Am tu, bagi Am photo ini masih kurang menarik lagi, setakat ini belum ada photo dari kemera itu yang memuaskan hati Am.

Mungkin nanti akan ada photo yang menarik, langit pun tak biru sangat sekarang, macam berjeru pula

Tengahari...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Hari ini kecoh Am dengar bila satu survey dibuat dan keputusannya "Kuala Lumpur bandaraya ke 3 paling Biadap". Am pasti ramai yang melenting dan menidakkannya. Am sendiri tak setuju jika hanya tiga perkara sahaja yang diambil kira. Tapi dalam masa yang sama kita kena tanya pada diri kita, apa yang telah kita lakukan untuk menjadikan Kuala Lumpur dan seterusnya Malaysia ini sebagai negara yang bersopan. Am lihat banyak orang kita dah menjadikan bahasa kasar sebagai budaya mereka, menunjjukkan insyarat lucah tanpa malu dan tak kurang juga menjerit atau mamaki tanpa rasa bersalah.

Memang tak ramai, tapi Am rasa ia makin berkembang dan jika terus berkembang kita akan tiada modal untuk mempertahankan diri jika suatu hari nanti bukan sahaja Kuala Lumpur tapi Malaysia akan terlatak disenarai utama Negara yang Biadap.

Ok tutup cerita biadap, semalam semasa menunggang motosikal balik kerumah, ada sebuah motorsikal didepan Am yang cukup rajin main Hon, sikit-sikit bunyi hon, Am dah tergelak dan isteri Am siap komen pada Am kerana dia ingat hon motosikal tu rosak. Terlalu berhati-hati pemandu tu. Am pula pemandu yang susah nak bunyikan hon kerana Am tahu orang yang kena hon tu pasti panas hehehe

Anak Am kata Am Senyum macam Amirul dan isteri Am senyum macam Salima, apalah dua-dua bukan pelajar kegemaran Am dan isteri, cuba cakap Am senyum macam Mawi ker, barulah rasa "World" sikit hehehehe. Oh ya Am masih frust kerana Zila terkeluar minggu lepas, lepas ini Am rasa Am lebih suka tengok Diari pasal suka tengok cikgu vokal tu, entah apa namanya ya? hehehe


Nota Kaki:
Terima kasih kepada semua yang sudi menjengok blog Am ini semasa ketiadaan Am, kehadiran teman-teman mengingatkan Am bahawa Am masih ada teman di Alam Maya ni.

Labels: , ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Biadap, Hon dan Senyum""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK