eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Tuesday, November 07, 2006

Bercerita tentang "Open House, Suasana dan Ujian"


Photo ini dirakamkan kalau tak silap pada hari raya keempat semasa Am sudah pulang ke rumah semula, seronok masa itu bila lihat awan sudah kembali biru dan matahari tidak dilindungi jerebu

Sekarang jerebu dah makin nipis walaupun belum pulih sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya mutu udara sudah jauh lebih baik

Awan...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Hujung minggu lepas dipenuhi dengan aktiviti beraya, biasalah ramai yang jemput "Open House". Biasalahnya hari raya inilah yang tak kenal jadi kenal dan bermacam cerita juga diceritakan dan banyak juga Am dapat ilmu dari perbualan-perbualan Am itu.

Am sebenarnya seronojk dengan suasana tempat tinggal Am sekarang, walaupun boleh dikatakan bandar tapi suasana "Kampungnya" masih kuat lagi. Mak Am ada merungut suasana dikampung Am dah tak macam kampung, ramai muka-muka baru yang gemar berebut kuasa. Rutin-rutin seperti bertakbir dari rumah kerumah bagai sudah nak terhapus.

Esok bermulalah Ujian anak Am di tadika dia, ujian yang terakhir di tadika kerana selepas ini dia darjah satu pula. Anak Am tak sabar nak periksa kerana selepas periksa boleh cuti panjang. Am ingat apa yang dia tak sabar, rupanya pasal itu.

Nota Kaki:
Rumah Am sentiasa terbuka tak kira raya atau tidak

Labels:

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Open House, Suasana dan Ujian""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK