AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Thursday, October 19, 2006

Selamat Hari Raya AidilFitri

Am mengambil kesempatan pada entry kali ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua teman-teman yang sudi mengunjungi blog Am ini.

Am juga ingin memohon maaf zahir dan batin jika ada tersalah bahasa, tersalah perkataan hingga menguris hati sesiapa biarpun secara Am sedar atau tidak.

Pesanan kepada semua yang balik beraya di kampung dengan apa jua kenderaan agar kita semua berhati-hati dijalan raya dan kita menjadi salah seorang yang menambahkan statistik kemalangan itu. Kalau drebar bas tu memandu gila-gila cakap kat dia "Bos, kawan blog saya Am suruh bawa ikut peraturan"

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'."


Nota Kaki:
eeeehh lagi 4 hari dah nak raya rupanya.........

Labels:

Wednesday, October 18, 2006

Bercerita tentang "Bahasa"

Norway
Photo ini dirakamkan oleh adik ipar Am semasa dia dalam didalam kapal dalam perjalanan ke kapal induk tempat dia berkerja. Adik ipar Am memang kerja diatas laut sahaja.

Besok akan paparkan photo langit di Malaysia pula, rasanya sudah habis photo di Norway yang menarik untuk dipaparkan disini.

Norway...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Pelanggan : Boss, hari sabtu berniaga tak?
Tukang gunting: Berniaga...
Pelanggan: habis bila cuti?
Tukang gunting: 21/10/2006 sahaja saya cuti, Depavali laaaa
Pelanggan: Macam tu hari Sabtu cutilah ya
Tukang gunting: Saya berniagalah....
Pelanggan: "Saturday" cuti tak?
Tukang gunting: Saya cuti
Pelanggan: Hampeh.com.my betul

Rupanya tak fasih bahasa malaysia mamak ni, dah lama duduk Malaysia dan dah berniaga di negara ini tapi masih tak tahu hari Sabtu tu samalah dengan "Saturday"

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.


Nota Kaki:
Agaknya ada ramai lagi ker peniaga yang macam ini?.....

Labels:

Tuesday, October 17, 2006

Bercerita tentang "Minggu Terakhir & Blogger Idol 2006"

Kebanyakkan perkerja yang berugama islam, minggu ini akan menjadi minggu terakhir berkerja sebelum hari raya yang akan menjelang. Bukan sahaja diluar sana tapi di pejabat Am ini mulalah kuih yang ditempah sampai, lagu-lagu raya mula terdengar dari komputer-komputer dan masih ramai lagi yang menambah atau bershopping mana yang tak cukup.

Hari ini pihak swasta tidak sudi dengan saranan kerajaan supaya hari Isnin, 23 Oktober sebagai cuti. Dah agak dah, Am pun bukan kisah sangat kerana cuti Am pun sudah diluluskan dan pejabat Am memang ditutup selama seminggu.

Blog-blog pun dah mula memainkan lagu raya, Am sahaja yang tak tahu bagaimana nak letak lagu raya MP3 dalam blog Am ini, nanti kalau Am sudah tahu Am akan letakkan lagu raya yang Am minat di blog Am ini.

Blogger Idol 2006 telah melabuhkan tirainya, lebih awal dari yang dijangkakan berikutan ramai peserta yang hilang kelayakkan dan ada juga yang menarik diri. Apa-apa pun secara umumnya untuk melahirkan penulis berbakat tercapai jugalah.

Red Mummy diumumkan secara rasminya sebagai Juara musin 2006 ini, diikuti oleh Dari Bilik Ini dan Nadhirah. Tahniah kepada semua pemenang dan kita petik kata-kata juara pertama Akedemi Fantasia "Kita semua pemenang Tiada pengalah"


Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)


Nota Kaki:
Ada masalah sikit dengan PhotoBucket.com, jadi hari ini "Entry" tak bergambar.....

Labels: ,

Monday, October 16, 2006

Bercerita tentang "Sahur & Shopping"

Norway
Photo ini dirakamkan oleh adik ipar Am salah satu puncak tertinggi di bandar pelabuhan semasa dia nak berangkat pulang ke Malaysia. Adik ipar Am ada beritahu nama bandar pelabuhan ini, cuma Am sahaja dah lupa.

Dah lama pula tak paparkan photo awan di Malaysia, macam lupa daratan pula Am ini hehehe

Norway...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Hari Jumaat lepas atas permintaan isteri Am, kami sekeluarga bersahur diluar. Sebenarnya tak tahu nak kemana akhirnya Kampung Baru jadi pilihan. Seronoknya anak Am. Abah dan mama dia boleh tidur sekejab tapi dia berjaga kerana tak sabar-sabar nak bersahur diluar. Ingat dah nak pagi tak ramai orang, rupanya punyalah ramai orang sampai nak cari tempat "arking" kereta pun masaalah.

Hari Ahad kami ke KLCC, bukan apa cuma nak belikan kasut anak Am sambil jeling-jeling kasut untuk Am, kalau duit masuk baru sambar hehehe. Sudah umur 6 tahun anak Am inilah kali pertama Am naik LRT dengan anak Am kerana sebelum ini dia naik dengan mama dia sahaja. Seronok betul dia, bertambah seronok bila dapat mainan "Power Rangers".

Dah lama tak naik LRT tapi sifat rakyat Malaysia masih sama seperti dahulu, berat sangat badan untuk beri duduk pada yang memerlukannya, ada yang buat-buat tidur ala-ala Adlin Ramli, ada yang buat-buat tak nampak dan paling sakit hati ada yang buat-buat tak perasan orang suruh dia bangun beri tempat duduk pada orang lain.

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.


Nota Kaki:
Aduh....besok ada mesyuarat, tak seronok betul mesyuarat dalam bulan puasa ni.....

Labels:

Friday, October 13, 2006

Bercerita tentang "Internet & Email"

Norway
Photo ini dirakamkan oleh adik ipar Am semasa waktu senja semasa dia bertugas diatas kapal ditengah laut di Norway tu. Ada photo pelangi tapi tak jelas sangat jadi malas pula Am paparkan disini.

Nampaknya photo Am akan disimpan sehingga semua photo Norway ini habis dipaparkan disini

Norway...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Sudah hampir seminggu rasanya Am tak boleh "View" blog Am, hantar entry boleh tapi tuan punya sendiri tak boleh "View", nak buat macam mana kan. Nak marah tak boleh pasal terang-terang benda ini percuma, sabar sahajalah. Maaf kepada semua yang meninggalkan jejak dan lambat dapat balasan dari Am. Hari ini harap boleh Am "settle" kan segala hutang Am dengan pengunjung-pengunjung blog Am ini.

Hari ini Am hendak bercerita tentang dunia internet dan email. Baru-baru ini banyak email hendak membaikot Golgate kerana kurang peka dengan tanda halal dan akhirnya pihak pengurusan Golgate mungkin akur dan dapat dilihat dalam iklan terbaru mereka, begitu juga dengan roti Hi5, sampai terpaksa tutup kilang "kecil"nya atas desakan melalui email. Email ini kalau digunakan dengan baik baiklah dapatnya.

Namun begitu sangat mengecewakan pula bila dengan bekas-bekas pelajar intitusi tinggi membuat laman haram bank untuk mengelapkan duit pelangan bank. Am tak tahulah samada taraf keselamatan bank itu sendiri terlalu lemah atau pelajar-pelajar ini yang terlalu pandai tak bertempat.

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 19 : Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.....

Labels:

Wednesday, October 11, 2006

Bercerita tentang "Dewasa"

Norway
Photo ini dirakamkan oleh adik ipar Am semasa di bertugas di Norway, menurut adik ipar Am, air yang bertakung diatas gunung itu menjadi sumber air mineral mereka

Photo ini adik ipar Am rakamkan semasa dia didalam kapalterbang untuk pulang ker Malaysia

Norway...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Kadang kala Am lihat cara anak Am bercakap lebih dewasa dari umurnya. Kadang kala Am terkedu juga bila dia gunakan bahasa seperti orang yang dah dewasa bercakap. Am rasalah persekitarannya membuatkan dia lebih cepat dewasa dari umurnya.

Paling tak tahan kalau dia mencipta alasan, payah juga Am nak marah kerana walaupun Am tahu itu alasan tapi bila difikirkan semula logik juga alasannya. Banyak juga alasan dia yang Am terfikir dia akan beri.

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)


Nota Kaki:
Anak dah nak besar tapi adiknya belum nampak bayang lagi hehehe.....

Labels:

Bercerita tentang "Dewasa"

Norway
Photo ini dirakamkan oleh adik ipar Am semasa di bertugas di Norway, menurut adik ipar Am, air yang bertakung diatas gunung itu menjadi sumber air mineral mereka

Photo ini adik ipar Am rakamkan semasa dia didalam kapalterbang untuk pulang ker Malaysia

Norway...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Kadang kala Am lihat cara anak Am bercakap lebih dewasa dari umurnya. Kadang kala Am terkedu juga bila dia gunakan bahasa seperti orang yang dah dewasa bercakap. Am rasalah persekitarannya membuatkan dia lebih cepat dewasa dari umurnya.

Paling tak tahan kalau dia mencipta alasan, payah juga Am nak marah kerana walaupun Am tahu itu alasan tapi bila difikirkan semula logik juga alasannya. Banyak juga alasan dia yang Am terfikir dia akan beri.

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)


Nota Kaki:
Anak dah nak besar tapi adiknya belum nampak bayang lagi hehehe.....

Labels:

Tuesday, October 10, 2006

Bercerita tentang "Kad Raya"

Norway
Photo ini dirakamkan oleh adik ipar Am semasa di bertugas di Norway, dia kata photo ini diambil pada awal-awal musim sejuk

Ada beberapa keping lagi photo, nanti Am akan paparkan disini

Norway...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Semalam anak Am dapat kad raya dari kawan dia, punyalah teruja dia bila dapat kad itu. Dalam bas sekolah dia agaknya kasar sangat buka sampai terkoyak sampul kad itu. Terus menangis dia. Awek india kasi di tadika dia hehehe. Nampaknya "Tarikh" semalam kena rekod sebagai tarikh pertama anak Am terima kad raya dalam hidup dia.

Teringat pasal kad raya ini, teringkat pula satu pantun yang paling popular kalau hantar kad raya ini semasa zaman Am bersekolah dulu "Pecah Kaca Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas". Agak-agaknya kalau letak pantun ini dalam kad raya yang nak beri pada boss dan rakan-rakan Am, mereka balas tak hehehehe

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Nota Kaki:
Siapa agaknya nak hantar kad raya pada Am tahun ini hehehehe.....

Labels:

Monday, October 09, 2006

Bercerita tentang "Gelang Tangan"

Malam
Photo ini Am rakamkan waktu malam yang sedang hujan lebat di kawasan rumah Am. Semasa ini angin sedang bertiup dengan kencangnya.

Photo Norway itu sudah ada dengan Am, mungkin besok Am akan paparkan didalam blog Am ini

Malam...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Semalam semasa menonton Buletin Utama, Am ternampak seorang menteri itu pakai gelang getah ditangan. Nampaknya popular betul gelang getah itu sampai menteri pun pakai, dulu Am perasan adik ipar Am pakai. Ingat Am pun nak pakai juga hehehehe

Terdengar juga cerita malam sabtu ada pergaduhan antara dua kumpulan Mat Rempit hingga seorang terbunuh. Mat Rempit sepatutnya me;ayulah, kalau melayu selalunya islam lah. Kalau orang islam yang lain sibuk buat amalan dan sibuk buat persiapan nak berhari raya, mereka ini sibuk bergaduh dan berbunuhan. Hebat....memang hebat.....

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.


Nota Kaki:
Hari Isnin sahaja mata selalu sahaja mengantuk.....

Labels:

Friday, October 06, 2006

Bercerita tentang "Cuti"

Awan
Photo ini Am rakamkan pagi semalam juga semasa Am sedang menunggu bank mula beroperasi.

Nampaknya minggu depan jugalah Am baru boleh paparkan photo Norway tu kerana belum terima dari adik ipar Am.

Close-Up...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Semalam terima SMS dari kawan kata hari Isnin 23 Oktober 2006 cuti umum. Gembira Am dengar boleh jimat cuti tahunan Am. Tapi rupanya haya cuti untuk sektor awam sahaja dan sektor swasta tidak termasuk.

Semasa Am bujang dan baru berkerja disyarikat Am ini, pernah jadi kes macam ini. Kerajaan umumkan cuti untuk sektor awam, Am pula ingat termasuklah Am sekali dan terus tak pergi kerja. Besoknya kena perli dengan boss Am. "Awak tu swasta bukan awam, apa lagi tak faham-faham, pergilah isi borang cuti" hehehehe

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels:

Thursday, October 05, 2006

Bercerita tentang "Lega"

Awan
Photo ini Am rakamkan pagi semalam semasa Am sedang menunggu bank mula beroperasi.

Naik mengantuk Am tunggu semalam, punyalah penat tunggu bila jumpa pegawai kena pergi cawangan lain pula.

Close-Up...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Lega rasanya bila hujan subuh tadi. Kurang sikit jerebu yang melanda sikit punya teruk semalam. Semalam jerebu macam kabus. Am kalau dah mula jerebu ni, mulalah malas nak kemana-mana. Terdedah dengan jerebu ini membuatkan badan, mata dan kepala Am cepat gatal.

Satu sahaja yang payah bila hujan subuh ni, air bila hendak mandi macam air batu pulak hehehe

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).


Nota Kaki:
Anak dah sibuk bila nak raya hehehe.......

Labels:

Tuesday, October 03, 2006

Bercerita tentang "Pengawas"

Bunga
Masih lagi photo lama yang dalam simpanan Am, photo dari Norway itu belum berjaya Am dapat dari adik ipar Am, dia terlupa "copy" dalam pen drive Am, nampaknya kena tunggu dia balik dari Johor dululah.


Close-Up...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Anak Am sekarang sedang bersemangat nak jadi "Pengawas" bila dah sekolah kebangsaaan nanti. Masalahnya kadang kala tu nak pergi tadika pun malas. Ada sekali tu dia cakap pada wan dia, dia dah tak nak pergi tadika. Tapi bila sebut bab pengawas terus tak jadi nak berhenti tadika.

Ini semua gara-gara nak pakai tali leherlah ni. "Nak pakai tali leher sama macam abah" Ayat biasa dia.

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.


Nota Kaki:
Sudah dua hari perut tak berapa sihat.......

Labels: