eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Monday, July 23, 2007

Selamat Ulang Tahun Kedua Blogku

Sebenarnya UlangTahun blog Am pada 21hb Julai, 2007 tapi tak perasan pulak, kesian blog Am harijadinya tuannya boleh lupa pulak hehehe. Nak buat macam mana banyak sangat yang perlu diuruskan sampai terlupa pulak.

Diam tak diam sudah dua tahun blog Am ini dan sekarang nak menuju ke tahun ketiga, Am rasalah dah beratus cerita yang Am ceritakan disini termasuklah pasal peribadi, anak, isu semasa, sukan dan macam-macam lagi. Dari Blogdrive ke Blogspot, mungkin selepas ini Am akan ada domian Am sendiri. Mana tahukan setahun atau dua tahun lagi Am ada server sendiri di rumah hehehe.

Dari zaman Blog tak menjadi perhatian hinggalah sekarang setiap yang ditulis diblog harus berhati-hati kalau tak silap-silap dapat surat lamaran dari mahkamah. Paling seronok ialah ramai yang Am kenal melalui blog ini, ada yang telah berjumpa dan ada pulak yang masih kenal melalui blog sahaja. Walaupun niat asal Am nak menjadi insan misteri didunia blog ini hehehe.

Apa-apapun Am akan terus menulis kerana bagi Amlah, Am menulis bukan untuk orang lain tapi Am menulis untuk diri Am. Untuk mengingati diri Am apa yang Am nampak dan apa yang Am lalui dalam hidup Am. Moga dihari tua nanti Am akan tersenyum membaca apa yang telah Am lalui dalam hidup ini melalui blog Am ini.

Ucapan terima kasih yang pertama kepada isteri yang mengenalkan Am kepada dunia blog ini. Terima kasih juga kepada semua yang masih sudi menjengok blog Am ini, semua yang masih sudi meninggalkan jejak di blog ini dan kepada semua yang sudi memberi teguran juga nasihat pada Am.


Nota Kaki:
Selamat UlangTahun Blogku, semuga kita akan terus bersahabat.......

Labels:

JEJAK TEMAN DI "Selamat Ulang Tahun Kedua Blogku"

 

Blogger pB kata ... (July 25, 2007 9:59 AM) : 

Syukur ...

sebab umur blog Am panjang ...

 

Blogger Orked kata ... (August 08, 2007 2:40 PM) : 

tahniah utk blog AM, sesekali tu save la atau buat back up..tak la mcm saya...tetiba blog hilang..

 

JOM TINGGALKAN JEJAK