Bercerita tentang "Nuri & Bola"
Sebenarnya ada beberapa cerita sedih di Malaysia sekarang ini tapi biarlah Am bercerita pasal dua benda ini yang bagi Am paling menyayat hati Pertama pasal "Nuri", ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban. Am rasa semua tahu ini bukan kali pertama helikopter yang dibeli sebelum Am lahir ini terhempas. Entah berapa banyak lagi mangsa lagi sebelum Nuri ini akan ditukar sepenuhnya. Kita sendiri tak tahu MUNGKIN mereka sedang dalam proses untuk menukar semua helikopter itu ataupun mereka nak cukupkan koleksi kapal selam sebelum mula menukar helikopter. Am sendiri tertanya-tanya adakah ini cerita Nuri terhempas yang terakhir kita dengar ataupun selepas ini akan ada lagi dan ada lagi..... Kedua pasal "Bola", malam ini Malaysia akan turun padang lagi. Tiada apa yang hendak dikejar, cuma perancangan jurulatih lebih menjurus supaya tak kena belasah dengan jaringan besar lagi. "Slow" betul perancangannya, kalau awal-awal fikir macam tu kan ker bagus. Tertarik dengan isu perletakan jawatan pengurusan FAM, secara peribadi bagi Am pertukaran tapuk kepimpinan itu penting TAPI pemilihan orang tepat sebagai pengantinya jauh lebih penting lagi. Jangan pengantinya nanti lebih teruk sudahlah. Nota Kaki: Ada kawan kena gelak bila pakai baju bola Malaysia....... Labels: Isu Semasa, Sukan |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Nuri & Bola""
2 0 ...
tahniah ...
hmmmm ....
dari tengok bola baik tengok akedemi al quran tu ...
ada kebangkita tapi terlalu lewat hehehe
betul tengok akedemi alquran lagi bagus hehehe
salam am..malaysia kalah lagi..2-0...ape nak jadi la dgn derang ni...
salam kembali kadok, sekurang-kurangnya tak teruk kena belasah lagi hehehe