Selamat Datang Anakku
Photo pertama anak Am, photo ini Am simpan di laptop Am ini, bila ada yang melawat Am tunjukkan photo ini kerana anak Am tak dapat bawa keluar. Tarikh Lahir : 9 Julai 2007 Baby.... Ok berbalik pada cerita asal, hari Isnin pagi Am bawa isteri ke "Kampung Baru Medical Centre", sepatutnya isteri masuk OT pada pukul 11 pagi tapi dicepatkan pada pukul 10 pagi, nasib baik semua proses pendaftaran dan bayaran Am dah uruskan awal-awal. Perasaan risau dan berdebar-debar tetap ada bila isteri Am masuk OT tu. Lebih kurang pukul 11 pagi selamatlah lahir anak Am yang kedua tapi kalau nak ikut sebenar-benarnya anak yang ketiga lahir kedua melalui proses perbedahan. Ada orang kata "Keluar ikut tingkap". Kami guna cara ini kerana doktor tak nak ambil risiko dan takut baby saiz besar. Salah satu pengalaman paling berharga ialah mengazankan anak Am. Semasa Mengazankan anak Am, Am perasan yang matanya sekejab terbuka dan tertutup seolah-olah menjeling abahnya. Macam dia faham sahaja apa yang Am lakukan, lepas azan itu baru dia nak menangis. Saat risau mula datang bila anak Am dimasukkan dalam wad penjagaan kerana ada masalah dengan kandungan gula didalam badan. Jadi dia terpaksa dimasukkan air glukos. Sehinggalah disaat Am menulis ini anak Am masih dimasukkan air glukos tapi sudah keluar dari wad penjagaan rapi. Menurut jururawat mungkin besok dia akan ok dan tak perlu masuk air glukos lagi. Abangnya punyalah seronok, dia kata baby macam muka dia cuma telinga sahaja tak capang macam dia hehehe. Am dan isteri macam suka nama yang anak Am cadangkan tapi wannya nampak macam tak suka sahaja. hehehe. Am sebenarnya tak buat keputusan pasal nama lagi, tunggu semuanya dah ok betul-betul baru Am dan isteri buat keputusan.
Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Selamat Datang Anakku"
Salam Am ...
Tahniah sebab dpt anak ke dua nie
Makin banyak tanggungjawab ...
Selamat berpantang dan juga selamat bangun malam lagi ....
hi hi ...
Tahniah Am!. Dah Koperal lah ni ekk.. Itu baru dengan isteri pertama ek... he he he!
alamak lambat ucap tahniah la...
tahniah am...
erk! apsal tiap kali saya masuk blog am, mesti berterabur... huwaaaaaaaa renovate lagi ke?
isteri am berpantang kat mana? nak dtg tengok baby bulih? hehehe
salam Am... tahniah atas kehadiran yg kedua ini... semoga bertambah ramai zuriat di masa kan dtg... :D
tahniah Am...comelnya....semoga anak dan ibunya sihat..opppp..juga bapanya pun kena sihat juga...sebab waktu inilah Am lebih diperlukan utk perkembangan positif anak dan isteri.
salam,
err..boy ke girl ni Am? duk baca2, x sebut lak jantinanya :D.
Tahniah ya :D. Alhamdulillah, seronoklah si abang ada geng baru. mesti dia rajin tolong mamanya layan adik :D
err..kawan saya, bersalin normal, anaknya berat 4.15kg . sorang yg saya kenal tu, berat anaknya 4 kg lbih gak, bersalin normal. tak pe, yg penting semuanya selamat.
wah..lepas ni boleh fikir no. 3 pulak..