Bercerita tentang EURO 2008 - 2
![]() Photo ini baru Am rakamkan semalam. Jarang dapat lihat awan berkepul macam ini sekarang. Mungkin kena jerebu atau musim hujan sudah bermula. Seingat Am kali terakhir dapat awan berkepul begini ialah semalasa Am di Kelantan. Rasanya guna Kamera baru ini, photo Am lebih cerah dan jelas hehehe Awan Berkepul.... Original from Panasonic Lumix DMS-FS Pagi tadi perlawanan akhir EURO 2008. Seperti yang Am duga dan semua tahu, Sepanyol memang 1-0 keatas Jerman. Kalah juga Jerman tu ya, sepatutnya dia kena bagi Portugal yang pergi hehehe. Am pulak tengok perlawanan akhir tu dengan mata separuh tertutup. Sekejab lelap dan sekejab terjaga. Itulah bahananya bila tengok bola sorang-sorang. Tetapi selepas ini Am rasa tidur Am akan cukup semula hehehe Nota Kaki : Ok jom tengok bola liga perdana Malaysia pula...... Labels: Sukan |