Bercerita tentang NAIK
FENOMENA SATU NEGARA... Kenderaan berbaris panjang untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam tadi selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api. Keadaan yang sama berlaku di seluruh negara. PM gesa bendung kenaikan harga barang Oleh HAMDEN RAMLI PUTRAJAYA 4 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan dalam usaha membendung kenaikan harga barangan keperluan ekoran langkah menaikkan harga petrol dan diesel berkuat kuasa esok. Sambil meminta rakyat mengamalkan gaya hidup berjimat cermat, Perdana Menteri menegaskan, bantuan orang ramai itu amat diperlukan bagi membolehkan penguatkuasaan dijalankan secara lebih berkesan. “Langkah berjimat ini bukan untuk kita menjadi kedekut, tetapi jangan sampai berlaku pembaziran. Kita mesti kurangkan pembaziran dalam apa jua perkara yang ada hubung kait dengan kehidupan,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini. Beliau menambah: “Kalau kita sedia buat perubahan dalam cara hidup dan buat penjimatan, insya-Allah kita tidak akan hadapi kesan yang teruk sangat.” Selanjutnya Komen Am Cakap memang senang cik abang oii tapi betulkah kita boleh bendung harga barang naik sepenuhnya. Habis tak payah beli ayam, daging, beras. Perut kena isi dan perut anak-anak pun kena isi juga. Sekarang semua mengunakan minyak, nak bawa barang itu bergerak dari satu tempat ke satu tempat pun gunakan minyak bukan air. Bila minyak naik secara "Auto" barang akan naik juga, tak banyak sedikit. Seingat Am dari kali terakhir kenaikan gaji Am dahulu, mula-mula tol naik, kemudian tepung, terbaru beras, sekarang minyak pula dan paling teruk tak lama lagi elektrik pun akan naik. Nampaknya semua barang penting naik cuma undi untuk BN sahaja yang turun hehehe. Hai nampaknya nilai wang yang Am ada makin berkurangan. Am harap "pengecualian untuk diri dan anak" dalam Income Tax akan ditambah. Nota Kaki: Jangan tanya apa negara buat untuk anda Tanya apa yang anda sudah buat untuk negara. Labels: Isu Semasa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang NAIK"
Salam hormat buat AM.
Cakap memang senang !
Abang Long masih menganggur. Tunggu sahaja entri demi entri dari Abang Long.
sedih la minyak naik :(
salam am..
apa nak buat am..semuanya asyiik naiiiik je..gaji je susah nak naik..huhu..jimat2 la kita am..
Am, Pak Lah tu cik abang ke?? Ahaks.
Pada abah, pak lah dah jadi cik pakcik.
betul am...rasa income tax tu sgt membebankan...xtau la derang nak control harga brg2 mcm mana...kita tgk aje la mcm mana..later buatla apa2 yg patut...:)
Abg Long:
Cakap aja, dia boleh ceritalah semua free, duit terlebih-lebih
Faizah:
Sedih campur marah hehehe
Meen:
Sekarang nak berjalan pun fikir sepuluh duapuluh kali hehehe
Abah Muizz:
Sengaja nak sedapkan hati dia dan hati Am sekali hehehe
Kadok:
Tak sampai sebulan dah banyak yang naik, sabar ajalah. Kerajaan senyap aja, tak kawal pun
semua dah naik je kan..so, kita kurangkan la makan2..kurangkan bermotokar..berjalan kaki je la..
hissh..senang nak kurus macam ni hihi
suruh menteri tu dulu buat, nanti baru rakyat boleh ikut
ini tidak dia makan mewah, kenderaan besar, rakyat yg kena kurangkan itu dan ini