Bercerita tentang ANAK
Nampaknya sekarang photo yang dipaparkan disini akan menggunakan kamera Panasonic Lumix DMS-FS5. Awan Senja.... Original from Panasonic Lumix DMS-FS5 Ingat hari ini hendak bercerita pasal bola TAPi simpan cerita itu dulu kerana terlalu tak sabar/seronok hendak bercerita yang anak kecil Am dah pandai berdiri selama 2 saat. Walaupun 2 saat tapi tapi Am gembira, isteri gembira, adik bertambah-tambah gembira sampai tergelak-gelak. Cuma abang sahaja yang tak tahu lagi pasal masa itu dia sudah tidur. Seronok melihat benda-benda baru dari anak-anak Am ini, kadang kala benda baru mereka itu buat Am hilang penat berkerja dan kadang kala pula makin penat dibuatnya. Sabar sahaja lah..... Nota Kaki : "Mouse" laptop Am dah rosak dikerjakan oleh adik...... Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang ANAK"