Bercerita tentang KELAS MALAM
Semalam kali pertama dalam sejarah hidup Abang pergi kelas malam kat rumah kawan Am. Kebetulan pergi kelas itu dengan kawan dia yang akan datang sama kelas dengan dia di sekolah Kebangsaan nanti. Masa nak pergi nampak macam tak sabar-sabar, bila balik oklah Am nampak. Ada kerja rumah yang kena buat dan dia boleh buat sendiri. (boleh pulak buat sendiri) Cuti sekolah Am taknak dia berehat sangat macam lepas-lepas. Nanti habis semua dia lupa dah jadi macam budak tadika balik. Yang dia ingat "Power Rangers" sahaja. Adik pulak sejak dapat kaki tak reti diam. Pantang leka habis semua benda dia nak buat main. Tak masuk mulut dia baling macam baling bola. Sekarang dah tahu merajuk bila kena marah dan tunjuk tak puas hati bila tak dapat apa yang dia minta. Tak tahulah isteri tapi Am memang tak sabar tunggu dia pandai bercakap. Sekarang ni dia pandai cakap tapi bahasa dia sendiri yang Am pun tak faham apa yang dia nak sebenarnya. Nota Kaki: Masih tak percaya lagi Am dah ada tiga anak hehehe........ Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang KELAS MALAM"
Alhamdulillah..dah 3 org anak, kawan meen ni..moga kekal bahagia..jgn jadi macam abby n norman..mintak dijauhkan. Amiiin
Terima kasih Meen, memang minta dijauhkan sangat-sangat pun Meen
Ps: mengidam nak makan nasi minyak Meen pula hehehehe
aik? mengidam nasi minyak? nak tambah yg ke 4 kot? :P
Tu ler pasal Faizah, kita yg asyik bertambah, nasi minyak tak dapat juga hehehe
ps: mengidam nasi minyak Faizah jugak hehehe