Bercerita tentang PERHORMATAN
Photo ini dirakamkan semasa dalam perjalanan ke Bandung, ada beberapa keping photo lagi. Ikut aturan untuk dipaparkan disini. Nampak tak lama lagi photo yang dipaparkan semua photo diatas awan kerana merakamkan photo ini didalam kapalterbang. Awan Biru.... Original from Panasonic Lumix DMS-FS Beberapa hari lepas ada 2 peristiwa yang buat Am sakit hati dan benda ini berlaku didepan mata Am dan isteri 2. Pertama semasa nak Parking kereta satu mamat yang keluar dari kereta Merz, dengan berlagaknya jalan macam badan kebal. Seolah-olah dia raja dan semua kena beri dia jalan. Sepatutnya dia tengok ada kereta atau tidak, ini kita yang kena hormat gila-gila kat dia. BERLAGAK betul... 3. Baru jadi pagi tadi semasa hantar Am ke sekolah Agama, sorang mamat berkereta Merz ni baru hantar anak dia ke sekolah yang sama. Selepas hantar keretanya terus gerak sampai budak-budak yang melintas terpaksa berhenti tengah jalan untuk memberi dia bagai raja besar tu jalan. Apa salahnya lepaskan budak-budak tu melintas dulu. GILA punya orang... 4. Am percaya bukan semua berkereta besar ini berlagak dan gila macam mamat dua orang tu. Am pernah baca dalam blog AbahMuizz dimana seorang yang berpangkat Dato' tetapi begitu rendah diri. Tapi mamat dua orang ni memang rasa kerana berkereta Merz dia ingat tarafnya tinggi melangit dan dia tak pandang orang yang berkereta kecil ni. Nota Kaki: Semakin banyak perhormatan yang kita beri semakin banyak perhormatan yang kita terima dan kita tak perlukan kereta Merz untuk dapatkan perhormatan ni.... Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang PERHORMATAN"
sebab ni juga ka ab dah lama xupdate blog??? bukan suma org berketa merz ni belagak...man tak belagak pun(haha)...dan man rasa cerita Abahmuiz pasal Dato tu, abah cite pasal man kot...lagi satu perasan Dato'...gurau2 lepas lega baru abis training..
hurmmm..mmg tak kuasa la dgn org berlagak macam ni..tak perlu nak bersikap diva camtu..kalau dorang tahu menghormati dan tolak ansur, kita pun boleh hormat dorang kan..
komen pasal makan sardin tu, heheh meen pun kekadang ada jugak time datang meroyan nak makan sardin, tetiba je kan? hehehe selagi tak dapat, selagi tu tak puas hati
kekayaan tu jugak satu ujian...teringat satu kes masa parking last few months..yg kereta2 beso ni mmg ada attitude cam tu kot...haihh
irman:
tak sangka Am ada kawan Dato' berkereta Merz hehehe
Meen:
Bisalah meen dia ingat dia Diva besar hehehe.
Am ingat Am sorang aja datang mengila macam tu hehehe
Kadok:
Mereka terlupa tentang ujian tu kadok, dia ingat kemegahan sahaja...