Bercerita tentang ABANG ADIK
Am baru balik bercuti menguruskan persekolahan Abang dan Nursery Adik. Lepas ni nampaknya lama Am tak boleh bercuti kerana sudah banyak kerja tertangguh ni. Itu belum termasuk kerja yang akan menjelma hehehe. 2. Semalam kali pertama ABANG transit di taska. Sebelum ini tinggal dengan wan dia. Semalam Am terlewat kesekolahnya, risau juga dia salah naik van tapi bila tanya pada kakak yang jaga tu, Abang naik van yang betul 3. Sia-sia sahaja Am risau, Abang sebenar-benarnya boleh jaga diri sendiri walaupun bila abah dan mama dia cakap dia dengar sambil lewa sahaja. 4. ADIK pula hari Isnin kali pertama duduk Nursery, menangis biasalah. Duduk sambil pegang pagar macam terkurung sahaja Adik tu. Mamanya biasalah tak tahan sedih, mana tak kali pertama tinggalkan anak selain dari wan dia dahulu. 5. Am dan isteri risau pada adik sebenarnya kerana penyakit cirit dan muntah dia belum sembuh sepenuhnya. Badan adik pun dah makin susut Am nampak. Nota Kaki : Rasa malas pula nak mula kerja hehehe..... Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang ABANG ADIK"
wah wah wah.. lamanya dia cuti.. baru nampak batang hidung (nampak ke?.. )..
Memanglah, Am.. bila lama cuti.. bila masuk keja balik mg sangat lah malas nk buat keja.. rasa blurr semacam jee..
terasa macam staf baru je? eh..terasa macam bos baru je...hehe
tapi confuse sikit...yg nangis /sedih ni mama ker Am? biasala cover penulis...selamat ber'blog kembalik Doc!
iDA:
tu ler pasal ida, dari pagi cari semangat nak menyiapkan kerja ni. Nasib baik semangat datang sikit hehehe
Irman:
bukan tersa man tapi terlupa kerja semua hehehe
Confirm mama man pasal abah dia macho hehehe
am..selamat tahun baru hijrah dan masihi...lama benar cutinya, mau tak malas nak keja..hihi sama la ngan meen jugak..tapi bila dah mula tu..semangat kembali berkobar2 la kot..
- adik dah sihat ke am?