Bercerita tentang FRUST
Rabu, dengan semangat Am dah target nak makan nasi lemak lauk ikan sardin di kedai dekat dengan pejabat. Bila sampai tiga-tiga kedai hari itu tak ada lauk sardin padahal selalunya hari-hari ada lauk sardin. FRUST betul.... 2. Khamis, sambung balik hasrat nak makan nasi lemak dengan Sardin, gembira dalam 3 kedai satu kedai ada lauk sardin. Bila minta nasi lemak. "Nasi lemak dah habis ler dik" Ayat yang buat Am Frust balik. Nak cover makan bihun dengan sardin hehehe. FRUST lagi... 3. Malam Tadi, secara kebetulan isteri Am masak sardin sambal, terus lepas geram makan sardin da nasi. Angap sahaja itu nasi lemak hehehe. LEPAS Geram ler ni.... 4. Pagi Tadi, sarapan Roti Sardin.... Takut, lama-lama jadi muka sardin. Isnin depan nak dapatkan juga makan nasi lemak lauk sardin hehehe. Nota Kaki: Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang FRUST"
tajuk FRUST tu tak ngam la Bg.. kena tukar sardin dan kisah sedih...bole bole?pndi2 je komen org...
Salam dari Banjabaru
heh..heh..heh.. ingatkan frust napa.. rupanya tak dpt makan nasi lemak ngan sardin ya.. la ciannya.. suruh je bini am masakkan utk am..
salam..laaa baru semalam saya makan sardin cicah budu...wah..heaven! Budu import dari tanah melayu...ehehe
sedap aper sardin ...lebih2 lagi masak goreng letak cili padi bebanyak...
hehehe..
salam ujung minggu am n famili
Jangan frust, ada sebab AM tak dapat makan sardin.
Abang long nasihatkan sebagai seorang saudara. Tolonglah jangan makan ikan sardin dalam tin. Terlalu banyak kesan mudaratnya.
Kisah aku dan sardin patut tajuknyaaaa...
sy pon frust, tak lulus lak nak apply keje gomen nih
laaa... am peminat ikan sardin rupanya... tapi sardin kalau dimamam dengan nasi hangat, buh kicap, sedappppp...
Irman:
Tajuk tu saja buat gempak hehehe
Ersis:
Salam perkenalan dari saya kembali ya
Cute:
dah masak dah pun cute tapi tak apa akhirnya dah dapat juga hehehe
Arsaili:
sardin ok, budu Am tak boleh masuk ler arsaili hehehe
Srisufi:
terliur balik Am ni hehehe
Abg Long:
Terima kasih atas nasihat tu ya Abg Long
Ida:
Tajuk tu tak romatik hehehe
Faizah:
tak apa Faizah, boleh cuba lagi dan terus mencuba ya
Sastri:
bukan peminat Sas, cuma kadang2 selera tu datang
Pernah makan macam sas cakap tu memang sedap hehehe