Am kembali Bercerita
Lukisan dibilik mesyuarat dipejabat Am, kalau mesyuarat yang memboringkan lukisan inilah yang Am pandang. Terfikir dan memikir, apakah maksud lukisan ini. Lukisan Original Upload from Samsung SGH-D500 Alhamdulillah, Am masih disini, masih bernafas dan berupaya untuk kembali bercerita didalam blog Am ini. Bercuti seminggu tetapi dua kali datang pejabat, biasalah Am ni, kadang cuti pun macam tak cuti sahaja. Ok, Am nak bercerita sedikit tentang isu yang sedang panas sekarang ini. "Hattan dan Lagu Negaraku". Secara peribadi bagi Am, Hattan ada salah juga kerana tak menyanyi dengan betul (betul ker dia menyanyi salah?), namum begitu ini sepatutnya bukanlah satu isu besar sampai nak dibawa ker parlimen. Kalau tak silap sampai nak baling ker lombong ker atau laut, kalau hattan kena baling ke laut atau lombong, Am rasalah lebih dari separuh dari penonton dan pemain bola pada malam itu juga terpaksa menemankan Hattan. Satu lagi yang menyedihkan ialah Lagu Kebangsaaan itu sendiri nak dijadikan ujikaji oleh pihak pemerintah, sekejab slow, sekejab rancak dan sekarang pula nak yang asal semula. Kadang kala kita sebagai rakyat sendiri tak tahu nak nyanyikan rentak yang mana satu. Yang penting kita jadikan apa yang berlaku malam itu sebagai satu permulaan untuk memertabatkan semula lagu kebangsaan kita, biasalah permulaan yang kurang baik bukan bermakna seterusnya tak baik juga. Baikki kelemahan-kelemahan malam itu. Nota Kaki: Am akan buat beberapa perubahan pada blog Am tapi akan terus mengekalkan tema hitam putih Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Am kembali Bercerita"