Bercerita tentang Hujung Minggu
Am ambil photo ini semasa menunggu isteri Am, boring punya pasal terus Am snap bangunan tempat kerja isteri Am. Ada beberapa photo lagi yang Am ambil, nanti kalau ada masa Am akan uploadkan disini. Am rasa orang yang lalu kiri kanan mesti fikir 'Apa yang mamat sorang ni ambil guna kemera telefon dia?' hehehehe Keatas Original Upload from Samsung SGH-D500 Hujung minggu, kedua-dua hari tak berbuka dirumah. Hari Sabtu berbuka dikampung Am, ramai juga adik beradik berkumpul. Seperti biasa bila Am balik kampung mesti bila berbuka riuh semacam. Teringat waktu kecil dahulu, kalau berbuka puasa kami adik beradik siap dah target nak yang mana. Boleh kata macam berebut pula. Sebanyak mana ada makanan atas meja kami tetap akan berebut juga, bila fikir balik memang seronok. Semakin dewasa banyak kenangan yang ditinggalkan, semua dah ada duit sendiri tak perlu berebut. Kalau ada peluang nak pula rasanya berebut-rebut semula. Hari Ahad, Am dan isteri ambil keputusan berbuka di Kelana Seafood cawangan Cheras, sebenarnya lebih pada keputusan isteri Am, Am mengikut sahaja. Kami ini setiap tahun paling kurang sekali akan berbuka diluar dengan anak. Selalunya tempat rasmi kami ialah Nelayan Titiwangsa, sebelum ada anak lagi kami dah berbuka disitu. Tahun ini tak tahu lagi nak kesana atau tidak, isteri kata susah. Kena beratur panjang dan siap ada kupon pula. Nota Kaki: Lepas berbuka semalam Am dapat satu berita baik......sangat baik yang amat bergembirakan Am tapi belum confirm sepenuhnya. Sudah lama tak dapat berita gembira ini. Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang Hujung Minggu"