Bercerita tentang "Sokong yang Merebahkan"
Sekarang ini langit sentiasa cerah, kalau hujan pun sekejab sahaja, jadi sangat senang Am untuk rakamkan photo langit yang sedang membiru. Bila pandang langit ini, tertanya pula, bolehkan dirikan negara awan seperti cerita Doraemon? Cerah Original Upload from Samsung SGH-D500 Am suka berjalan, melihat dan menganalisis gelagat setiap orang disekeliling Am. Ini juga termasuk blog-blog yang Am lawati. Bagi Am ada satu sikap yang harus kita beri perhatian pada diri kita atau orang sekeliling kita. Sikap itu adalah sokong yang merebahkan, jika kita sokong seseorang itu melakukan perkara yang betul, itu tidak menjadi masalah dan sudah tentu sokongan kita akan menjadikan dia lebih bersemangat dalam melakukannya. Masaalahnya jika kita memberikan sokongan kepada seseorang dalam melakukan kesalahan. Memberikan senyuman, tepuk tangan, sorakan semangat, komen-komen yang mengalakkan pada tempat yang tak patut pasti akan mengalakkan individu berkenaan lebih bersemangat melakukan kesalahan itu dan seterusnya tidak timbul niat untuk membetulkan kesalahan tersebut. Akhirnya ia menjadi tabiat dan ikutan pada individu-individu yang lain. Bila sifat-sifat buruk mereka semakin terserlah kita memalingkan muka, tanpa kita sedari sedikit sebanyak kita juga memainkan peranan dalam mencipta tabiat mereka itu. Inilah yang sebenarnya yang telah terjadi dan semakin terjadi kepada rakyat kita, kerana dapat sokongan hinggakan terlupa perkara yang mereka lakukan itu salah. Bukan Am meminta kita marah seseorang itu kerana Am sendiri pun tak berani lakukan, cuma jangan berikan sokongan yang akhirnya akan menaikkan semangat kepada mereka. Nota Kaki: Berhati-hati memberi sokongan takut menyesal suatu hari nanti Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Sokong yang Merebahkan""