Bercerita tentang "Kayakinan Diri"
Percaya atau tidak, photo ini Am rakamkan dari bantal anak buah Am, sepupu anak Am. Terasa menarik dan terus ambil. Harap-harap Am tak kena saman atas hak cipta terpelihara. Sebenarnya Am sendiri tak tahu apa nama kartun ini. Cartoon... Original Upload from Samsung SGH-D500 Semalam menonton rancangan Dr. House, sekarang ini rancangan itu dah menjadi rancangan kegemaran Am pula. Bukan semua cerita "Orang Putih" Am minat tapi cerita yang satu ini banyak memberi Am kesedaran tentang kehidupan ini. Hari ini Am hendak bercerita tentang keyakinan diri. Bagi Am kita sepatutnya kekal dengan keputusan yang kita walaupun semua orang ataupun satu dunia tak setuju dengan keputusan kita. Kita tak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah sehinggalah perkara itu terbukti. Tak kisahlah akhirnya keputusan kita betul atau salah, sekurang-kurangnya kita yakin dengan keputusan kita. Teringat semasa Am sekolah dahulu, ada satu soalan matematik dimana Am tak setuju dengan jawapan rakan-rakan Am. Akhirnya Am seorang sahaja yang tak betul jawapan itu dan jawapan dari rakan-rakan Am yang betul. Nota Kaki: Klinik Minda cuba berkongsi kesedaran diri dengan orang disekeliling. Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Kayakinan Diri""