Bercerita tentang "Cuti"
Sebenarnya banyak lagi photo bercuti dalam simpanan Am, Am akan uploadkan satu persatu disini dan kalau ada kelapangan Am akan cuba Uploadkan di Fotopages Am, jika sesiapa ada masa boleh melawat disana. Ada sesiapa rindu awan Am ker? Awan Masih Membiru Cuti Am bermula dengan sedikit kesedihan, kereta Am tercedera. Nak buat macam mana isteri Am terlangar belakang lori, agak parah juga kereta Am. Terpaksa ganti bonet baru ada beberapa alatan lain, Walaupun sedih tapi masih bersyukur kerana isteri dan anak Am tak cedera apa-apa, cuma poket Am sahaja yang cedera. Tak lama lagi Hari Jadi isteri Am, Am kata hadiah Hari Jadi dia, bonet baru kereta tu hehehehe. Ok bercerita tentang cuti pula, awal2 pagi Ahad Am berangkat ke Penang, seronok jalan pagi ni, cuaca redup dan kereta tak banyak sangat. Ingat nak tukar-tukar bawa kereta dengan isteri Am, tapi akibat kemalangan tu, debaran masih ada pada Am hehehe. Tiada apa yang menarik dalam perjalanan cuma berhenti sarapan di Sg. Perak. Selepas Check In di Gurney Hotel, anak Am melepas segala auranya, terus berendam di Jacuzzi bilik itu. Mula-mula dia sorang2, kemudia Am temankan, punyalah lama sampai Am sendiri tertidur di Jacuzzi itu. Malam selepas makan di Tapak Berniaga Sementara Persiaran Gurney, Am ingat nak pergi Pesta Penang, baru setengah perjalanan anak Am menangis nak balik hotel, mengantuk la pula, terpaksa batalkan niat dan kembali ker Hotel Hari kedua, selepas mesyuarat kami bertolak ke Bukit Merah. Di Bukit Merah seperti biasa aktiviti airlah, jenuhlah melayan anak Am. Balik ke KL amat membimbangkan, sepanjang jalan hujan. Ada dua tiga kali juga isteri offer nak memandu, Am pula dua tiga kali menolak. Bercuti memang seronok, lupa segala-galanya, mengenai kerja, mengenai masalah, yang ingat hanya melayan dan tenangkan fikiran. Hari ini Am kembali ke pejabat dengan semangat baru (eeh baru ke?) dan yang paling penting dalam otak dan plan untuk cuti yang akan datang.
Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Cuti""