Bercerita tentang "Kenangan"
Langit mendung nak hujan, lama dah ambil photo ini cuma terlupa nak uploadkan disini. Mungkin kerana hitam sangat sampai tak nampak menarik dimana-mana. Sekarang cuaca tak menentu sekejab hujan sekejab panas, nak ambil langit senja yang menarik pun sangat susah, bila Am berjaya rakamkan photo langit senja yang menarik, Am akan uploadkan disini. Langit Mendung Original Upload from O2 Xda II mini Hari Jumaat lepas bawa anak dan isteri makan di Pizza, kebetulan jumpa dengan seseorang yang sangat lama Am tak pernah jumpa, masuk pintu dia pandang Am dan Am pandang dia. Rasanya dia masih kenal Am lagi, jumpa dia dan salam dan bertanya khabar. Jumpa dia membangkitkan kembali kenangan lama Am, dialah orang pertama yang marah Am semasa Am menolong abang angkat Am berniaga kedai makan. Teringat lagi semasa pelajar lain lain sedang sibuk mengulangkaji pelajaran Am pulak sibuk melayan pelangan, semasa pelajar lain telah tidur Am pula sedang mengayuh basikal pulang kerumah. Biasalah Am bukan dari keluarga yang senang, terpaksa cari duit belanja sekolah sendiri. Tapi ok juga belajar berdikari dari umur yang muda lagi. Semasa baru berkerja selepas sekolah, tak sangka pula berkerja di syarikat adik dia dan dia jugalah orang yang banyak komen kerja Am walaupun pada hakikatnya Am bukan berkerja dibawah dia. Dia sebenarnya seorang yang baik tapi sangat serius bila masuk bab berkerja. Mungkin kerana itu Am sendiri telah terikut dengan perangai dia, serius bila berkerja. Balik sambil melambai tangan pada dia, isteri dia dan anak-anak dia, bila akan berjumpa lagi Am sendiri tak pasti. Dia memandang Am dengan senyumannya yang masih tak berubah seperti dahulu. Mungkinkah dia berkata didalam hatinya "Inilah budak selekeh yang dulu aku pernah marah" ataupun dia berkata "Budak ini masih marah pada aku ker?" Nota Kaki: Bawa anak Am tonton wayang malam sabtu, tengok cerita PHSM 2, sikit pun dia tak takut cuma Am yang tak dapat menonton dengan tenang kerana melayan soalan yang bertubi-tubi dari dia. Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Kenangan""