Bercerita tentang bulan "Disember"
Uploadkan photo langit semula, rasanya agak lama tidak mempamerkan photo langit disini. Hilang pula identiti Am & langitnya nanti Sebenarnya bukan apa, cuaca sudah makin cerah sekarang, langit dah kembali membiru, banjir pun dah semakin surut. Isteri Am pun dah tahu Am suka ambil photo langit, bila ada sahaja langit yang cantik-cantik dia tanya "Tak nak ambil gambar ker? cantik langit tu?" Langit Membiru Kembali Original Upload from O2 Xda II mini Semalam kita mamasuki bulan Disember, bulan terakhir tahun 2005 dan juga kalau tak silap Am hari terakhir raya. Bila masuk bulan Disember ini mulalah ramai yang terfikir akan azam baru dan tertanya-tanya adakah azam lama dah tercapai. Bagi Am azam itu tercapai atau tidak kurang penting tapi sekurang-kurangnya kita telah bergerak untuk menjadikan azam itu sebagai realiti. Mungkin Am akan kembali bercerita mengenai azam pada entry yang akan datang. Bulan Disember juga mungkin akan jadi bulan yang paling sibuk bagi ramai individu. Boss akan sibuk memikirkan kenaikan gaji atau bonus untuk kakitangannya walaupun ada juga boss yang buat tak tahu sahaja. Para perkerja pula sibuk berdebar samada ada atau berapa bonus dan kenaikan gaji mereka tahun ini. Am pula malas nak fikir dan berdebar, bagi Am kita kerja sahaja banyak mana kenaikan bergantung pada boss Am, lagipun kalau rasa kurang pun bukan boleh lawan dan minta lebih pun. Bagi ibubapa mulalah sibuk memikirkan hal sekolah anak-anak, baju sekolah, beg sekolah, buku sekolah, bas sekolah, kasut sekolah, pendek kata semua mengenai sekolah. Nampaknya belanjawan bulan Disember ini akan bertambah besar, bagi yang dah beringat tu oklah tapi bagi mereka yang tak beringat tu, mulalah memikirkan dimana hendak mencari sumber untuk cukupkan belanjawan. Tahun depan tahun kedua anak Am tadika, jadi Am pun tumpang sibuk sekali memikirkan pasal tadika anak Am. Bagi anak-anak pula, sibuk apa pula mereka ini ya. Fikir semula apa yang Am sibuk semasa kanak-kanak dulu, mungkin sibuk bermain kot. Nota Kaki: Am sibuk nak habiskan cuti sebelum cuti itu habis bergitu sahaja tahun depan. "Selamat Berhujung Minggu dan semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan" |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang bulan "Disember""