Bercerita tentang "Getah dan Bigfoot"
Photo ini Am rakamkan waktu malam semasa pergi McD, cuba ambil photo yang nampak unik sedikit,unik punya pasal terus lampu itu jadi bengkok. Seperti yang Am pernah beritahu dahulu, Awan diwaktu siang sekarang nampaknya kurang menarik, tidak biru lagi, mungkin jerebu akan datang melanda, mungkin.... Harga getah telah meningkat ke RM3.00 sekilogram dipasaran akibat permintaan yang tinggi dipasaran, wah nampaknya kayalah pekebun getah, baca suratkhabar mereka boleh mendapat pendapat RM1,600 jika berkerja 5 hari sahaja. Ada ura-ura juga memberitahu harga getah akan semakin naik. Ini berita baik kepada negara sebenarnya, selepas ini mulalah syarikat-syarikat mula menumpukan untuk menanam getah semula yang dulunya sibuk dengan kelapa sawit. Nampaknya selepas ini ramailah anak-anak peneroka akan kembali menoreh getah atau kembali ke kampung meminjam duit ayah mereka Lain pula tentang Bigfoot, dengar cerita juga 2 kumpulan penyelidik telah ditubuhkan di Malaysia untuk menjejaki Bigfoot. Walaupun secara peribadi bagi Am agak terlambat tapi sekurang-kurangnya mereka-mereka ini telah memulakan sesuatu yang sepatutnya sudah lama dimulakan. Nampaknya Bigfoot pun sudah mula kena berjaga-jaga di Malaysia ni, mungkin selepas ini hidup mereka sudah tidak tenteram lagi. Cuma Am harap biarlah mereka mereka setakat menyelidik, menjejaki dan merakam sahaja, jangan sampai nak menangkap dan mengurung Bigfoot didalam sangkar. Kesihan mereka pun nak hidup juga. Lagi satu mana tahu terlepas dari sangkar, mengamuk pula Bigfoot ini di bandar, dah jadi macam cerita King Kong pula, tak ker naya? hehehehe
Labels: Isu Semasa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Getah dan Bigfoot""