Bercerita tentang "Semut"
Photo ini Am rakamkan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Tiba berhenti kebetulan pula nampak Manara KL ini, terus Am rakamkan photo ini. Menara KL diawal pagi. Photo ini boleh kata khas untuk saudara Shai, Mungkin suatu hari nanti Am akan rakamkan Menara KL ini dengan lebih menarik lagi Sekarang ini musim semut dirumah Am, punyalah banyak semut, bermacam saiz dan jenis. Tapi nama glamernya Am panggil semut halus dan semut hitam. Dirumah kalau tinggal barang makan sikit mulalah dia tumpang makan sekali, lepas dia tumpang makan dah pasti dia makan sorang takkanlah Am nak join sekali kot. Dipejabat pula paling glamer semut hitam, kadang-kadang tu air tak sempat Am minum dia dah minum dulu, kadang-kadang sampai dia buat acara terjun di air Am tu sampai meninggal dunia pulak dia disitu. Yang peliknya lepas tu tak ada pula kawan-kawan dia yang nak minum air tu sampai habis. Hissss membazir betul. Sekarang ini Am dah mula letak ubat semut di rumah dan pejabat, harap-harap masalah semut ini akan reda. Nampaknya Am jadi pembunuh pula sekarang...pembunuh semut.
Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Semut""