eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Wednesday, February 22, 2006

Bercerita tentang "Dua Perkara" 2

Malam


Sudah agak lama Am tak memaparkan photo waktu malam, bukan apa cuma kemera telefon Am ini selalunya tak dapat menghasilkan photo malam yang cantik.

Photo ini Am rakamkan semasa balik kerja dalam keadaan jalan yang sangat sesak

Malam...
Original Upload from O2 Xda II mini

Ok hari ini nak bercerita lagi tentang dua perkara tapi kali ini bukan tentang orang lain tapi mengenai diri Am. Ada dua perkara yang Am rasa Am ni sangatlah tak bertuahnnya. Bukan nak merungut tapi hanya nak bercerita sahaja.

Pertama mengenai pancing ikan, dalam seumur hidup Amlah, semenjak kecil mengikut ayah Am memancing hinggalah memancing sendiri, tak pernah satu ikan pun berjaya Am pancing, semasa dengan ayah Am, ayah Am duduk sebelah Am sahaja tapi dapat ikan tapi Am pula, apa orang kata tu sampai berjangut tak dapat satu ikan pun. Kadang2 nak juga rasa bagaimana perasaan bila dapat ikan, nak sahaja Am sangkutkan ikan dimata kail Am dan letakkan dikolam kemudian jerit "Ikan dah makan umpan" hehehe

Kedua mengenai cabutan bertuah, walaupun namanya cabutan bertuah tapi Am tak pernah dapat pun, minggu lepas semasa boling, member pasukan Am semua dapat, Am sorang aja tak dapat. Agaknya Am kena berusaha untuk dapatkan sendiri apa yang Am hendak tanpa cabutan bertuah ini. Am tak kisah sangat kerana Am rasa hidup Am ini sendiri dah bertuah.


Fikiranlah
ILMU - Barangsiapa yang tidak hendak maju dalam mencari ilmu, maka jiwanya seumpama pelita yang kehabisan minyak... makin lama makin malap dan kemudian menjadi gelap.


Nota Kaki:
Ada 3 Tag yang Am belum jawab lagi, minggu ini mungkin Am akan jawab semuanya, tunggukan kemunculannya.

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Dua Perkara" 2"

 

JOM TINGGALKAN JEJAK