eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Monday, February 13, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Langit


Photo langit ini baru pagi tadi Am rakamkan, sebenarnya ada langit yang lebih manarik tapi tak boleh ambil kerana Am tengah memandu.

Photo ini pun Am rakamkan semasa jalan jem, cantik betul langit pagi-pagi ini macam warna emas pun ada.

Langit Pagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Sebenarnya tiada apa yang hendak diceritakan pada hujung minggu, aktiviti banyak dirumah sahaja, betul punya berehat dan malas nak kemana-mana. Sebenarnya Am sahaja yang malas kalau ikut isteri Am menang banyak tempat dia nak berjalan.

Kami cuma melawat kawan Am yang dapat anak lelaki tu sambil melayan main game dengan dia, kawan Am ini memang peminat setiap game PS2, kalau Am lawan dengan dia memang riuh rumah itu dibuatnya, dia memang seronok kalau dapat kalahkan Am walaupun hakikatnya setiap kali main memang Am yang kalah pun.

Malam tadi pula ada tarian naga ditempat Am tinggal, riuh dibuatnya, nasib baik tarian naga itu di kawasan kolam renang kalau dirumah maunya bergema blok Am itu. Apa-apa pun memang meriah macam pesta pula, ramai orang pakat turun untuk tengok termasuklah Am dan keluarga.

Ok esok sambung cerita yang lain pula, pangilan tugas dan menjerit, banyak yang perlu diaturkan dan dibuat

Sajak Buat Bersamamu
Ku cuba merasa cinta dalam leka
menghular kasih tanpa rasa
meminta rindu tanpa suara
memijak tanpa tapak

Menangis tanpa suara
Dengan airmata yang kering
Pada mata bagai tidak memandang
Pada telinga yang tak mampu lagi mendengar

Mengertikah kau, sayukah kau
Tadahkan airmatamu buat ku
Jeritkanlah deritaku pada mereka
Hulurkan tanganmu, Ringankan Bebanku


AbahMuda@Am 2006

Fakta Menarik
Elephants are the only animals that can't jump.


Nota Kaki:
Minggu depan ada pertandingan boling tapi berlatih pun tak pernah lagi ni, nampaknya hanya cukupkan perserta sahajalah Am nanti ni

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hujung Minggu""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK