eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Wednesday, February 15, 2006

Bercerita tentang "Pelik"

Terlupa


Photo ini sudah lama berada dalam simpanan Am sehingga Am terlupa kewujudannya, yang peliknya Am sendiri sudah terlupa ini photo matahari terbit atau terbenam

Mungkin selepas ni Am kena atur balim semua photo Am agar tak terlupa lagi.

Langit Pagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Alhamdulillah, masih sihat lagi Am hari ini dan masih mampu berceloteh disini, bersyukur kerana mata ini masih mampu melihat, otak ini masih mampu berfikir dan setiap angota masih mampu bergerak.

Ada satu benda yang Am peliklah sesangat kalau pergi gerai, restoran, kedai makan ni. Ada satu benda murah yang mereka punyalah kedekut. Cuba fikir apa dia...... "TISU". Punyalah diaorang sorak tisu mereka ini kalau ada pun punyalah nipis sampaikan kalau cuci tangan nak lap memang tak cukuplah tisu tu.

Am rasa mereka ini memang dah mengkaji bidang perniagaan makanan inilah, tisu memainkan peranan penting dalam untung atau rugi mereka, berjaya menjimatkan tisu akan menambahkan untung mereka berlipat kali ganda. Kalau tidak pun kurang tisu akan jadi penarik bagi kedai mereka, pelanggan akan datang beramai dan balik balik dengan muka yang tersenyum manis.

Sedih betul Am rasa, sudah duit tukar memanjang tak ada, tisu pun tak ada, satu hari nanti silap-silap pelanggan pun mereka tak ada. Masa itu barulah nak jeles dengan kedai lain pulak.

Sajak Dihujung Nota
Dihujung Nota ini
Kutulis secebis sajak
Tanpa rasa, tanpa makna, tanpa rahsia

Dihujung Nota ini
Kutulis sajak rindu
Tentang yang pergi
Tentang yang pulang
Tentang yang kaku

Dihujung Nota ini
Kutulis sajak picisan
Buat teman...
Buat Diri...
Buat mereka....

AbahMuda@Am 2006


Fakta Menarik
Women blink nearly twice as much as men!!


Nota Kaki:
Ada dengar iklan EON Mawi diradio, dia bawa kereta lagi tapi malang kena langgar, pelik juga Mawi tak ada lesen macam mana boleh bawa kereta, aaaaaaa abg polis apa lagi saman dia...saman dia

Labels: , ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Pelik""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK