Bercerita tentang "Sibuk"
Photo ini baru Am rakamkan, semasa hisap rokok di pejabat Am, sudah lama tal paparkan photo yang dirakamkan dipejabat Am. Am ada terima photo yang menarik dari Selipar Jepun, kalau berkesempatan Am akan paparkan disini Tak percaya sibuk betul Am sampaikan semalam tak sempat nak taip entry baru, sibuk kerana tiba-tiba banyak benda datang serentak dan perlu siap serentak juga. Jarang sibuk sebegini. Bila sibuk masa begitu cepat berlalu, tut tuop dah balik, tak sempat update blog. Dalam sibuk-sibuk tu terdengar juga 2 berita sedih, buat sanchai yang kehilangan ayahanda tersayangnya, buat Sanchai Am tumpang bersimpati. Satu lagi Yna yang kehilangan adiknya yang tersayang, semuaga Yna dan sekeluarga tabah. AL-FATIHAH Ok, sambung balik bercerita tentang sibuk, yang pastinya minggu ini ramai yang sibuk menghantar borang "Income Tax" termasuklah yang bercerita ni sekali hehehe. Nak buat macam mana budaya "Last Minute" masih kuat membara dalam jiwa. Oh ya semalam balik kerumah, dalam kereta Am dan isteri amat sakit hati dan terperanjat tengok seorang pemandu wanita yang bawa kereta dengan keadaan yang amat-amat-amat membahaya, kena hon panjang Am tapi masih membawa secara bahaya lagi, bukan kereta sahaja dia nyaris tak langar, pembahagi jalan pun nyaris dia tak peluk cium.
Labels: Isu Semasa, Peribadi, Ucapan |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Sibuk""