Bercerita tentang "Diri"
Jalan ini sepatutnya jalan yang disediakan untuk kawasan perumahan Am tapi masih tidak boleh digunakan kerana salah faham antara pemaju dan pengurusan lebuhraya. Geram lihat, jalan yang cantik tapi masih tak boleh digunakan, seperti satu kerugian. Semalam Am membaca satu blog, dari hanya suka-suka terus membaca kesemua entrynya, membaca cerita kesedihannya, kasihnya yang tak sampai, kesakitannya, cerianya, setianya, kasih sayangnya dan harapannya Terfikir pula berapa bertuahnya Am, Am ada tempat untuk luahkan seluruh perasaan kasih sayang Am, walaupun perkataan kasih itu jarang sekali Am luahkan tapi yang pasti perasaan itu makin betambah dari sejak mula perasaan itu wujud. Am ada tempat untuk dituju bila Am balik, melepaskan rasa rindu Am, bercerita tentang kesedihan Am, mengadu tentang masalah Am, berkongsi rasa benci dan kemarahan Am Yang pasti Am tahu ada orang yang yang mengharapkan kasih sayang Am dan dengan rela memberikan kasih sayangnya pada Am, seorang yang mengharapkan bimbingan Am dan sudi membimbing Am bila Am leka, seorang yang sudi membalut luka Am dan memerlukan bahu Am bila dia terluka dan juga seorang yang secara jujur menemani Am menuju hari tua Am dan minta Am menemaninya juga. Am gembira dan rasa hidup Am sudah cukup sempurna walaupun Am tak punya kereta mewah menjalar didepan rumah Am, tak punya banglo yang ada berpuluh bilik dan tak punya wang berjuta-juta di bank kerana kesempurnaan bukan diukur dengan nilai kebendaan tapi nilai kebahagian yang kita kecapi.
Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Diri""