Bercerita tentang "Bow-Tie"
Sudah agak lama photo ini tersadai dalam simpanan Am, hari ini Am beri peluang pada photo ini dipaparkan di blog Am pula. Terlupa nak rakamkan awan di Cherating dengan Handphone Am, seronok guna kamera yang dipinjam Entry hari ini agak panas sedikit jadi sila sediakan air sejuk Sakit hati betul baca suratkhabar pagi tadi, ada ke Ahli Parlimen boleh berbahas pasal pakai "Bow-Tie", banyak lagi perkara yang perlu dibahaskan, sepatutnya mereka perlu gunakan masa mereka yang dibayar oleh rakyat untuk berbahas isu tentang jatuh bangunnya negara kita ini, ini tidak berbincang mengenai isu "Bow-Tie" yang terlekat dileher mereka itu. Pergilah bincang benda itu dimasa-masa percuma mereka dikedai-kedai kopi atau di restoran-restoran mewah yang mereka selalu singgah, sehari suntuk pun tiada orang nak kisah. Yang membangkitkan isu itu satu hal, yang memakainya pun satu hal juga, kalau seorang pakai mungkin dah kebiasaan tapi kalau dah 16 orang yang pakai, apa kes ni? nak publisiti murahan ker, kalau nak glamor sangat tak payah jadi pemimpin jadi artis, dah tentu glamor punya. Am lihat kadang kala perangai mereka ini lebih kurang macam budak sekolah sahaja. Risau Am dibuatnya bila kita mengharapkan orang-orang sebegini untuk menentukan landasan negara kita. Bolehkah orang yang tak faham undang-undang yang mereka cipta sendiri nak mencipta undang-undang untuk orang lain pula.
Labels: Isu Semasa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Bow-Tie""