eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Wednesday, May 10, 2006

Bercerita tenang "Berhenti Kerja"

Cantik


Photo ini Am rakamkan dikawasan perumahan Am sewaktu hendak pergi kerja, memang cantik sangat langit waktu itu.

Kalau Am ada kamera yang lebih canggih tentu photo ini akan menjadi lebih menarik, cantik dan terang.

Cantik...
Original Upload from O2 Xda II mini

Bukan Am yang hendak berhenti kerja tapi salah seorang kerani disini, ingat tak lagi dulu Am ada cerita seorang kerani yang selalu kena komplen dengan pegawainya. Kerani itu yang hendak berhenti, berhenti bukan kerana tak tahan dengan tekanan tapi dapat kerja baru yang dekat dengan kampungnya.

Am ni kalau ada staff yang nak berhenti tentu rasa sedih sikit, sentimental pulak Am ini hehehe tapi sebenarnya Am dah anggap kami seperti satu keluarga. Kalau kita semua perasan banyak masa kita dihabiskan dipejabat dari dirumah. Setiap staff sudah menjadi keluarga kedua bagi Am, tak kisahlah siapa yang berhenti Am akan berasa sedikit sedih.

Sejak Am kerja disini, banyak kali Am tengok perkerja yang masuk dan keluar, ada yang keluar dan menjawat jawatan yang lebih tinggi dan ada juga yang keluar dan berkerja lebih kurang sama juga. Tertanya juga pada diri "Am sampai pencen ker nak kerja disini?" hehehe.


Nota Kaki:
Ada sesiapa nak kerja sebagai kerani bahagian "Secretarial" boleh beritahu Am ya.

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tenang "Berhenti Kerja""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK