eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Monday, May 08, 2006

Bercerita tentang "Piala Thomas & Uber"

Piala


Piala yang semakin hari semakin jauh dalam gengaman kita, terlalu cemburu melihat kegembiraan mereka menyulang piala itu, dan sedang tertanya-tanya bilakan masa kita pula.

Mungkin kita perlukan pemain import untuk Badminton juga.

Piala...
Sumber Utusan Malaysia
Online

Sebelum apa-apa Am dan keluarga merakam ucapan takziah kepada kak noamie sekeluarga diatas permergian anaknya yang tersayang, semuga dia ditempatkan bersama orang yang soleh dan kepada kak noami sekeluarga semuga dapat menerimanya dengan tabah dan sabar. AL-FATIHAH

Ok cerita mengenai Badminton pula, punyalah sakit hati Am sudahlah Piala uber terlalu jauh dari jangkauan, piala Thomas pula semakin sukar digengam. Seperti biasa harapan yang pada mulanya setinggi langit akhir kita jatuh terduduk menyembah bumi. Terkandas dek kehebatan permain Denmark.

Hafiz yang menjadi wira membawa kita ke perlawanan separuh akhirnya akhirnya menjadi sasaran penyebab kekalahan, betul atau tidak itu tak penting, bagi Am bila menang kerana pasukan, kalah pun kerana pasukan juga, jangan nak menyalahkan mana-mana individu. Terus terang Am katakan kita bernasib baik berjaya ke separuh akhir, silap-silap kita boleh kecundang diperingkat suku akhir lagi.

Am tertanya-tanya bilakah agaknya Piala Thomas ini akan kembali kepangkuan kita, mungkinkah di Jarkarta 2008 nanti atau kita terpaksa menunggu lagi. Atau mungkin kita terpaksa menunggu satu lagi keluarga Sidek wujud di pasaran atau selama-lamanya kita terus menunggu.


Nota Kaki:
Sudah tentu ramai yang kecewa, kecewa kerana pasukan kita masih tak dapat merampas piala Thomas dan mungkin ada yang kecewa kerana tak dapat cuti sehari jika kita berjaya merampas piala Thomas, siapa tahu kan.

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Piala Thomas & Uber""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK