eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Thursday, June 08, 2006

Bercerita tentang "Cuti" 4

Senja


Photo ini Am rakamkan kalau tak silap hujung minggu lepas, banyak photo yang Am rakamakan pada petang ini kerana langit dan awan yang begitu cantik sekali.

Sekarang ini ada banyak photo-photo yang cantik-cantik Am rasalah dalam simpanan Am.

Senja...
Original Upload from O2 Xda II mini

Dialog dikedai Motor semasa Am kali pertama services motor
Dia: Mahu minyak RM22 atau RM14
Am: Apa beza?
Dia: Harga mahal lagi bagus tahan lama, tapi yang RM14 punya sudah habis
Am: Habis? jadi saya kena pilih yang RM22 jugaklah ya
Dia: Macam itulah....
Am: Oklah (Hampeh bagi pilihan tapi macam tak bagi pilihan aja)

Kali ini cuti Am tak kemana, plannya nak cuti seminggu sampai Piala Dunia tapi cuti tak lulus, terpaksalah cuti dari Isnin sampai Rabu sahaja. Hari ini sudah mula menghadap kerja dan PC semula. Yang paling penting menghadap blog hehehe

Cuti ini banyak juga benda yang Am tertangguh dulu dapat diselesaikan, GPRS untuk telefon bimbit Am dah ok selepas bertapa dekat 3 jam di kedai MAXIS, punyalah lama tunggu sampai tukar sim card baru. Dikedai punyalah orang tu godek tak ok juga, balik rumah Am godek sendiri boleh pulak, rasanya Am lah yang tukar orang tu hehehe.

Dah mula kerja ni, nampaknya sibuklah sikit hari ini, ada dua benda atas meja ini terpaksa disiapkan secepat mungkin, boss tak masuk lagi, entah apa pula pesanan penaja dari boss tadi. Apa-apa pun cuma nak beritahu, Am sudah Kembali hehehe


Nota Kaki:
Nak pergi lawat Blog mana yang masih bercuti hehehe

Labels:

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Cuti" 4"

 

JOM TINGGALKAN JEJAK