Bercerita tentang "Peniaga"
Photo ini sudah lama Am rakamkan dikawasan perumahan Am, kalau tak silap pada waktu senja. Tarikhnya Am sendiri dah lupa pasal dah lama sangat tersimpan dalam komputer Am ini. Kawan Am ada tanya, kemana agaknya pergi peniaga-peniaga pasar Ramadhan bila berakhirnya bulan Ramadhan? Am pun agak pelik juga. Am rasalah mereka boleh pergi jauh dalam bidang ini kerana makanan mereka boleh tahan juga cuma harganya sahaja yang Am tak tahan. Kebetulan cerita pasal peniaga ni, semalam muka depan surat khabar ada paparkan yang dua adik beradik menjual kuih dengan harga 10 sen sebiji dan masih untung lagi. Nampaknya malulah peniaga yang selama ini menegaskan menaikkan harga kerana kurang untung ataupun tak untung. Fadilat Sembahyang Terawih
Labels: Isu Semasa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Peniaga""