Bercerita tentang "Hujung Minggu"
Photo ini Am rakamkan semasa hendak pergi kerja. Kalau tak silap semasa Am rakamkan photo ini Am pergi kerja naik LRT. Nak hilangkan bosan semua yang Am nampak Am rakamkan. Sebenarnya dah lama photo ini dalam simpanan Am. Akhirnya terpapar juga di blog Am. Oh ya, nampak tak bangunan putih dibahagian kiri gambar tu. Itulah bangunan bandaraya Ok, hari sabtu lepas kali pertama Am bawa anak Am pergi sembahyang terawih. Mula-mula ok, senyap tapi bila dah mula ada kawan, banyak gelak kat belakang. Kena warning baru senyap balik. Hari Ahad kali pertama dia bangun sahur, punyalah susah nak bangun tapi mama dia kejutkan juga pasal dia kata nak bangun sahur dan kami dah janji nak kejutkan dia. Seperti yang diduga dia puasa setengah hari sahaja. Semuanya sebab tengok jiran Am buat kuih dan dia tak sabar nak makan kuih tu. Hari ini tak tahulah dia puasa atau tidak ditadika nanti. Mama dia ada bekalkan biskut untuk dia kalau dia dah tak tahan nanti. Fadilat Sembahyang Terawih
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hujung Minggu""