Bercerita tentang "Tukar"
Sekalai pandang punyalah kotor keyboard Am ini, pandang dari atas ok sahaja tapi bila dari tepi punyalah banyak habuk. Nampaknya kena pandang dari atas sahajalah Beberapa hari lepas ada temankan isteri Am pergi bershoping. Baru Am perasan sekarang sudah tukar cara baru tentang potongan harga ni. Sekarang ada papan tanda 60% + 10%. Kalau tulis 70% kan senang hehehe. Ada sahaja cara mereka untuk menarik perhatian. Anak Am dah mula deman hari ini. Sbenarnya dari malam tadi sudah mula rasa panas sikit badannya. Tak pasti sebabnya, mungkin kerana semalam kena hujan sedikit atau mungkin kerana gigi gerahamnya baru nak tumbuh. Yang pastinya bukan kerana puasa. Oh ya Am dah tukar warna blog Am kepada biru, bukan apa isteri ada komen kenapa blog Am ni warna hitam, macam orang berkabung sahaja hehehe Fadilat Sembahyang Terawih
Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Tukar""