Masih lagi memaparkan Photo awan di Pulaua Pinang, cuma kalai ini photo awan semasa Am bersiar-siar, kalau betul-betul perhatikan photo ini, ada pantulan gambar teksi di awan biru itu. Entak macam mana boleh jadi macam itu pula heheheh
Awan Biru.... Original Upload from Canon Digital IXUS 60
Malam besok perlawanan pusingan kedua separuh akhir piala Asia. Am lihat menarik juga permainan pasukan Malaysia pada pusingan pertama, nampak dah banyak peningkatan dengan hantaran lintang yang tepat dan membahaya. Namun begitu Am lihat pasukan kita masih kurang pasa sentuhan penyudahnya. Jika sentuhan penyudahnya lebih tajam dan mengamcam, Am rasa kita boleh menang dengan Singapura nanti. Apa-apa pun Gol Malaysia itu memang cantik sekali, bukan sahaja penjaga gol Singapura itu tertipu, Am pun tertipu juga.
Harapan Am agar bolehlah pasukan Bola kita masuk "Final", dah lama rasanya kita tak menyokong pasukan kita di Final. Nota Kaki : Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan........
Labels: Sukan |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Bola""
salam,
lama tak ke sini. rupanya dah banyak entries tertinggal.
harapnya anak2 mlsia tu dptlah masuk final.
hmmm... Sas dah lama tak mengikuti perkembangan bolasepak negara... zaman sekolah menengah dulu rajin juga ikut ayah p tgk perlawanan bola kat stadium....
bro am..
so sad we lose kan.aduii time penalti lak tu.mmg frustt sanagat2..tapi frust takla sampainak kuutuk diorg..diaorg pun dah main baik dah tu.bola tu kan biulattt..ape leh wat.....
sakit hati! pertahanan malaysia lalai & leka hingga bolos... nampak sgt kelekaan dorang... geram ni!!!
salam,
singapore gak yg ke final...
bukan nak menghasut ... tapi anak - anak sendiri tak minat dengan pasukan bolasepak Malaysia ...
kaklong:
nasib tak baik kaklong, tak berjaya pun hehehe
Sastri:
rasanya ramai pun dah tak ikut bolasepak negara ni sas termasuklah Am ni hehehe
nuuol:
Am sebenarnya dah agak kita akan kalah masa penalti tu hehehe
Meera:
Setuju sangat dengan pendapat Meera tu
kaklong:
hehehehe sabor ajalah
abanglong:
Am sendiri pun minat sekali sekala sahaja hehehe