 Am suka photo atas awan yang ini, kerana Am macam berada ditengah-tengah, tas awan dan bawah pun awan. Tambahan pula dengan warna langit yang biru dan awan yang putih bersih.
Atas Awan.... Original Upload from Canon Digital IXUS 60
Pejam celik sudah hari Jumaat semula, tanpa sedar sudah 2 minggu anak Am bersekolah darjah satu dan seperti biasa bermacam-macam cerita yang dia bawa balik untuk kami dirumah. Kebetulan cerita pasal sekolah ini, teringat Am pada kawan sekolah Am semasa sekolah menengah dahulu. Kawan Am ni peminat rock habis disekolah. Seluarnya ditempah khas dan ketat, biasalah rock kapak katakan. Perangai gila-gila dan kalau periksa sama macam Amlah cukup-cukup untuk lulus sahaja hehehehe. Dalam rock-rock dia ini, dia minat dengan kami punya penolong kanan. Kami gelar penolong kanan kami Cikgu "Ella" pasal dia kecik-kecik dan comel macam Ella, penyanyi rock itu. Boleh kata dia lupa kawanlah bila penolong kanan tu lalu sebelah. Cerita terbaru, kami dengar dia dah jadi seorang doktor sekarang, memang terperanjat beruk kami dengar (nasib baik tak jadi beruk) kerana ciri-ciri seorang doktor memang tak ada kat dia semasa bersekolah dulu hehehe. Nota Kaki : Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.......
Labels: Anak, Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Kenangan 2""
memang ada teman yang begitu...mcm ainnur..ader yg nak jadi guru jd doktor, yg nak jadi doktor jd pensyarah...tak kisahlah janji jadi insan yang berguna pada nusa dan bangsa...insya Allah...semoga anak2 kita pun begitu..
hhehe, sape sangka kan .. sekolah mcm ni, bila keje mcm tu..
aduhaiii Am... memori sentiasa mengekori kita... citer pasal rock ni... teringat kat sorang kawan lelaki saya masa sekolah, kitorang 1 kelas dr form 1 sampai form 3, form 4 dia masuk kelas sains, saya gi kelas sastera, tapi kitorang still rapat cam biasa, dia ni lembut orangnya sampai pelajar lelaki yg konon gagah perkasa panggil dia 'sotong' tapi otak genius gilerrr matematik ya ampunnnn terer bangat... sampaikan dia tak buat latihan pun cikgu tak kisah...
tapi kan sotong2 dia tu, dengar citer lepas sekolah jadi 'rockers' & buat medic... terkejut saya... sebab saya dulu suka panggil dia 'cun' dia panggil saya 'hensem'... tapi kitorang dah lama tak kontek sejak lepas spm lg... rindu lak kat dia...
Bercerita tentang rock, HE teringat semasa di sekolah dahulu, trend seluar kita ketat skit. Budak sekarnag pun dah ikut trend tu balik. HE ingat balik seluar tuh memang tak munasabah langsung...mana tidaknya, lubang seluar kaki tuh kalau boleh besar buku lali je...bila nak pakai...kena saruh beg plastik kat kaki supaya senang lolos ikut lubang seluar tuh...isk isk isk...sanggup kan?
keskeskes... semoga menjadi anak yg berjaya di masa akan dtg...
jebat
Salam Am.
Haha.. anak aku pun excited sangat dah tu nak gi sekolah esok.