eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Monday, January 08, 2007

Bercerita tentang "Hari Pertama"

Awan
Photo ini dirakamkam oleh Am dilampangan terbang Pulau Pinang semasa nak berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Risau juga awan nampak mendung, ingat nak hujan, nasib tak.

Ada photo awan dari dalam kapal terbang yang Am rakamkan. Banyak juga, nanti Am akan paparkan disini. Agak sibuk sekarang, almaklumlah baru balik dari bercuti.

Awan Mendung....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Hai semua, berjumpa lagi kita didunia blog ya. Syukur kerana Am masih sihat dan masih mampu bercerita didalam blog ini. Agak sibuk hari ini sehingga terlalu lewat untuk bercerita disini.

Banyak benda hendak diceritakan tapi yang paling Am tak sabar ialah hendak bercerita tentang hari pertama anak bersekolah kebangsaan dan sekolah ugama. Kebetulan isteri Am tak sihat jadi Am terpaksa uruskan semua dari beli baju, kasut, hantar anak hari suai kenal dan seterusnya hari pertama sekolah.

Sekolah ugama ok sahaja Am nampak, anak Am macho seperti Am dan tak ada nampak tanda-tanda nak menangis. Dia lebih leka pandang gelagat rakan-rakan kelas dia. Tak banyak aktiviti disekolah kerana selepas mendaftar semua pelajar dibenarkan pulang.

Lain pula dengan sekolah kebangsaan, hari suai kenal semua sudah ada kelas sendiri. Kemudian semua pelajar diwajibkan ambil ujian, Am dah lupa apa nama ujian itu tapi ujian untuk menilai samada pelajar boleh membaca dan menulis. Kebetulan ada taklimat, selepas balik taklimat Am lihat anak Am sudah hilang dari kelasnya, rupanya dia sudah ada kawan dan sudah buat tawaf satu sekolah. Am risau juga tapi dia punya muka selamba aja. Hari pertama sekolah tiada apa yang menarik kerana Am lebih lepak dikantin dari kelasnya kerana malas nak ganggu dia dikelasnya.

Am perasan dah ramai budak tak menangis sekarang ni, kalau tak silap Am hanya jumpa dua orang budak sahaja yang menangis dan satu lagi yang Am perasan ialah murid perempuan punyalah banyak beg warna pink, segala jenis warna pink boleh lihat hehehehe.


Nota Kaki :
Sekarang tengah risau pasal bas sekolah dia.......

Labels:

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hari Pertama""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK