Satu lagi photo atas awan, semasa ini dah dekat nak sampai KLIA, awan dan nampak mendung sedikit, Am ingatkan nak hujan risau juga Am masa itu. Nasib baik bila sampai di KLIA hujan masih tak turun.
Atas Awan.... Original Upload from Canon Digital IXUS 60
Beberapa hari yang lepas Am kena hon dengan seorang pemandu dengan muka yang masam dan mulut yang meleter hanya kerana Am tak jalan semasa lampu trafik masih MERAH. Mereka marah kerana Am kena jalan dulu barulah mereka boleh jalan walaupun lampu merah masih menyala. Malas nak layan Am terpaksa berganjak ketepi memberi laluan pada mereka untuk melanggar peraturan jalanraya. Kadang kala Am lihat payah sangat orang kita nak ikut peraturan jalan raya dan ada pula yang memaksa orang lain melanggar peraturan jalan raya supaya mereka yang dah biasa melanggar peraturan itu boleh terus melakukannya. Mereka ini seolah-olah hendak mengajar orang lain melanggar peraturan. Tentu ramai yang kata, jika dia tak buat tentu ramai lagi orang lain yang akan buat tapi masalahnya kalau kita tak mula dulu mematuhi peraturan siapa nak mula, takkan kita nak harapkan generasi yang akan datang mulakan, kemudian generasi yang akan datang pula mengharapkan generasi yang akan-akan datang mulakan pula. Sepatutnya kita kena faham generasi kita inilah sepatutnya menjadi tauladan pada generasi yang akan datang. Kita suruh anak kita mematuhi segala peraturan tetapi pada masa yang sama didepan dia kita langgar peraturan. Berkesankah apa yang kita ajar pada anak kita itu? Satu lagi alasan yang biasa dengar ialah SELAMAT melanggar peraturan semasa waktu itu, ini bukan masalah selamat atau tidak tapi ini peraturan, kalau nak ikut selamat, memandu perlahan sebelah kanan itu selamat tapi kenapa kita marah dan suruh yang perlahan itu memandu disebelah kiri. Takkan bila dah cedera sana sini baru nak tahu rupanya tak selamat. Secara peribadi Am rasa ini semua adalah "Tabiat" yang tak baik pada diri, bukan Am nak kata Am ni bagus sangat tapi Am rasalah jika kita hendak mula membersihkan tabiat buruk dalam diri kita mulakan dengan benda-benda ini dulu. Satu hari nanti kalaupun tak 100% tabiat buruk itu dapat dikikis mungkin kita berjaya mengikis 60% ataupun 90%. Nota Kaki : Selamat menyambut Maal Hijrah 1428H kepada semua pengunjung Blog Klinik Minda.......
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan..... Labels: Jom Fikir, Ucapan |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Tabiat""
Am lain kali buat tak dengar je, tak yah nak beranjak-anjak ni, Am bukan buat salah pun...
apa2 pun selamat menyambut maal hijrah...
terdengar iklan radio .... "senyumlah sikit".
Betul tu Am.
Semua nak jadi enau dalam belukar....
meera:
kadang kala tu geram juga Meera
AbangLong:
hehehehe
BP:
tu ler pasal BP