Bercerita tentang "Anak" 42
Semalam pergi sekolah agama dia kerana geram songkok dia boleh hilang, dia kata dia main sorok-sorok songkok tu, sorok sampai hilang. Bila balik dah ada balik songkok tu, dia kata kawan perempuan dia kasi. Muskil Am kawan perempuan dia bawa balik ke songkok dia. Oh ya satu lagi, sampai dikelas anak Am semalam, kebetulan ustazahnya belum masuk lagi dan kawan-kawan semua tunjuk pada satu budak yang selalu kacau anak Am. Am malas campur sebenarnya, cuma cakap dengan budak tu tak baik gaduh kat sekolah, kita kan semua kawan. Budak tu angguk kepala dan bila balik tanya ada gaduh lagi tak pada anak Am, dia jawab dah baik dah dan pergi tandas pun berdua dengan budak tu hehehe Oh ya ada satu lagi, semalam kali pertama rasanya anak Am nampak baby bergerak dalam perut mama dia, punyalah dia seronok dan dia kata "adik dah kawan dengan abang" hehehehe Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Anak" 42"
Salam Am,
Anak sy masa bertukar sekolah pun pernah alami masalah ni...kena buli. Pastu waktu hari " parents meet teacher" sign report card tu, budak tu dan mak dia ada sekali, suami saya minta izin dgn cikgu dgn mak budak tu..nak bercakap sikit dgn budak tu..dia nasihatlah..Syafiq ni baru , tak de kawan, boleh tak Lokman kawan dia dia...mcm2 la slow talk...sampai budak tu menitis air mata....INi masa Thn 5. lepas tu anak sy bertukar kelas A, so tak da masalah lagi...bila UPSR Thn 6 Lokman tu dpt 3A....pencapaian yg amat memberangsangkan dari murid kelas 6E!!! Semua cikgu terkejut sebab dia mmg terkenal dgn masalah disiplin...Suami sy jumpa murid tersebut dan ucap tahniah...sy rasa cara kita tegur tu memainkan peranan...mungkin dia tak " makan saman" dgn leteran atau teguran ibubapa/cikgu tetapi dia mula sedar selepas di tegur oleh org lain.
Songkok itu nak dijadikan kenang-kenangannya barangkali. he he he.
Bebudak kalau gaduh tak sampai 'makan dalam'. Lepas gaduh jadi lebih rapat. Biasanya la.. :)
Dah banyak siapkan barang-barang menyambut orang baru ke Am..? he he..
Oooo... bakal menimang cahayamata kedua ek? tahniah... tahniah... :D
suka baca ttg anak-anak sedara. hepi family. semoga berkekalan.
Bergaduh tu pun satu pelajaran bagi budak budak sebenarnya am. Biarkan la dorang bergaduh. Boleh belajar something tuh.
Aku dah pindah url.
hehe, sampai p toilet pon berteman
Kujie:
Menariklah cerita kujie tu, boleh diamalkan nati tu hehehe
BP:
Barang dah siap beli, tinggal org baru lahir sahaja hehehe
Sastri:
Terima kasih Sas
Ad:
Salam perkenalan dari Am juga ya
Mazudi:
Am memang malas campur kalau anak Am gaduh sikit-sikit ni
Faizah:
hehehehe