eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Wednesday, March 28, 2007

Bercerita tentang "Nasi Bujang"

Awan.....
Photo ini Am rakamkan semasa dalam perjalanan hendak ke tempat kerja, kalau tak silap hari Isnin baru-baru ini. Selalu tertinggal kamera dirumah dan banyak awan yang cantik terlepas untuk dirakamkan. Geram juga kadang kala lihat awan cantik itu.

Awan Pagi....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Am sekarang kalau makan di kedai mamak di kawasan prumahan Am suka minta Nasi Bujang. Kandungan nasi bujang ini senang sahaja, nasi putih, telur dadar, sup kosong dan sambal. Mudah disediakan dan murah. Mula makan bila lihat kawan-kawan makan dan sekarang dah selalu pula makan hehehe. Isteri Am pun selalu perli Am, hari ini nak minta nasi bujang juka ker?

Kebetulan cerita pasal nasi ni, Am rindu dengan nasi lemak bungkus zaman sekolah dahulu yang ada sambal ikan bilis pekat, puas cari tapi tak jumpa lagi sekarang.

Nota Kaki :

Zaman dah moden, Nasi lemak pun turut moden juga............

Labels:

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Nasi Bujang""

 

Blogger Meera Melati kata ... (March 28, 2007 11:41 AM) : 

Am, kdg2 makan nasi yg simpel camtu lagi menyelerakan...

nasi lemak sambal ikan bilis pekat tu camne ek... saya kalo masak mmg pekat gak... maybe yg am ckp tu dorang guna santan, bukan guna air asam jawa bebanyak... wallahualam

 

Anonymous Anonymous kata ... (March 29, 2007 12:49 AM) : 

mase kecik dulu saya rasa karipap dan megi tu tersangatla sedap...maybe sebab benda tu susah nak dapat...tapi skang bile karipap dan megi tu dah jadi makanan rutin...bosan dan memualkanla pulak...hurm sumtime bila sesuatu yang kita susah nak dpt kita amat menghargaikan...bile semua dah terbentang di depan mata kita jadi bosan dan inginkan yang lain pula...ertikata lainnya manusia tak pernah bersyukur ..

 

Blogger Am kata ... (March 30, 2007 11:03 AM) : 

Meera:
Betul tu Meera, simple dan menyelerakan. Sambal pekat tu sambal ikan bilis, sambal, bawang, campur semua sekali dan tak ada tambah air banyak sangat

CikScarlet:
Setuju dengan pendapat cikscarlet tu

 

JOM TINGGALKAN JEJAK