Photo ini Am rakamkan di semasa dalam perjalan ke Langkawi sambil melayan bosan di dalam kapal terbang. Agak sibuk sikit hari ini, belum sempat untuk "upload" gambar baru dari kamera Am, bila dah "upload" nanti silap-silap photo itu dah jadi photo lama hehehe.
Awan Biru.... Original Upload from Canon Digital IXUS 60
Semenjak dua menjak ini Am lihat para blogger begitu di pantau oleh kerajaan atau pihak yang berkuasa hingga Am cukup takut untuk tersilap tulis dan begitu berhati-hati dalam menulis. Biasalah seronok sangat menulis sehingga menyentuh isu-isu sensitif dan kena saman. Kalau Am jutawan tak apalah hehehe. Kalau tak silap dah ada blogger yang di tarik ke Mahkamah.
Walaupun banyak yang Am nampak dan hendak komen agar benda itu beralih menjadi baik tapi banyak pihak tidak nampak benda itu dan sengaja buat tak nampak, mereka lebih suka memberi berbagai alasan dan seterusnya mengangap kita menulis tanpa bukti dan menuduh kita menabur fitnah. Secara peribadilah, "betulkan jika Am salah" ramai yang menulis untuk melahirkan ketidakpuasan yang terbuku dihati mereka supaya orang-orang diluar sana tahu ada orang yang tak berkenan dengan apa yang mereka lakukan dan supaya orang-orang itu sedar dan memperbetulkan kesilapan mereka. Penulis ini menulis kerana rasa tanggungjawab mereka dan kerana mereka sayangkan negara kita, sayangkan apa yang telah dibina dengan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu, mereka sayangkan pemuda-pemudi kita yang makin jatuh akhlaknya, mereka sayangkan sifat terpuji dalam diri yang makin terhakis hari demi hari, mereka dahagakan negara yang bersih dari segala segi dan banyak lagi sebab lain. Kalau tak kerana rasa tangungjawab itu buat apa mereka penat-penat nak menulis, baik mereka ini bercerita pasal ayam bertelur ker, itik berenang ker atau nak senang tak payah menulis terus, lihat, pandang dan anguk sahaja. Tak dinafikan ada yang yang menulis atas tujuan mengapi-apikan tapi bagi Am lah, kita semua dah pandai memilih mana yang betul dan salah sekarang Am tak menunding jari pada sesiapa tapi Am rasa kita harus sedar dan sepatutnya kita tahu kritikkan/komen itu satu guru kepada kita kalau kita sanggup terima dengan hati yang terbuka dan pujian itu lah yang selalu melemahkan kita kalau kita cepat lupa diri. Biasalah kita ini terlupa cepat lupa diri dengan kejayaan yang sedikit. Yang Remeh Temeh ( Pak Pandir )
ada mata pandang... ada telinga dengar... ada mulut diam... ada tangan garu... ada kaki goyang...
ada otak pakai... ada akal pakai... ada bijak gadai... ada mata pejam... ada mulut kunyah...
yg remeh dan yg temeh... berlegar di sekeliling mu.. yg remeh dan yg temeh... berlegar di sekeliling mu...
buatlah....buatlah tak tahu... tepuklah....tepuklah tanganmu...
rela jadi tunggul rela jadi patung... tunggu di lelong... suruh angguk... angguk... suruh geleng... geleng...
oh puji lah aku... ampulah aku... senang hidupmu... ada tangan tadah... ada maruah campak...
yg remeh dan yg temeh... berlegar di sekeliling mu.. yg remeh dan yg temeh... berlegar di sekeliling mu...
Nota Kaki : Jangan tepuk dada tanya selera sahaja tapi buka mata, muka telinga, muka minda............ Labels: Jom Fikir, Lagu |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Blog""
haa... ye ke? sas ni kurang amik tau laa... keskeskes...
Am pun ambil tahu sikit-sikit sahaja hehehe