eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Tuesday, April 24, 2007

Bercerita tentang "Blog"

Semalam, berjalan ke blog-blog, baru Am perasan rupanya ada juga Blogger yang telah buat Report Polis pasal komen-komen diblog mereka ya. Ini sudah pasti komen-komen yang amat melampau. Komen apa Am kurang pasti kerana dah lama Am tak aktif melawat blog-blog ini tapi bagi Am ini pemulaan yang baik kerana sebelum ini asyik kita penulis blog sahaja yang kena dakwa hehehe.

Minggu lepas kali pertama dalam sejarah Am berblog ini, Am "Block IP" seseorang. Memang tak seronok pun Block IP sesiapa kerana kita berblog ini kerana hendak berbual mesra, cari kawan, berkongsi cerita dan macam-macam lagi bukan untuk bermusuhan atau mencari musuh ataupun menjadi musuh sesiapa. Sebabnya dia mengeluarkan kata-kata yang kotor dalan msjbox Am, mujur orang lain tak perasan kalau tidak blog Am boleh diketegori dalam blog 18SX nanti dan tak sesuai ditatap oleh kanak-kanak hehehehe.

Blogger Kick Start makin panas sekarang ini, banyak perkara yang terduga yang berlaku. Ada yang buat Am terperanjat dan ada yang buat Am tersenyum. Am paling suka cara perserta melihat soalan yang diberikan dan seterusnya cara mereka menjawab soalan itu. Tiada salah atau betul cara kita menjawab soalan itu cuma tepat atau tidak pandangan kita sahaja yang membezakan antara yang baik dan terbaik.

Nota Kaki :
Mengantuk pula rasanya hari ini............

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Blog""

 

Anonymous Anonymous kata ... (April 24, 2007 4:54 PM) : 

Salam Am,
setakat ini blog saya belum diserang lagi. Hati-hatilah menulis, tulis yang baik-baik kerana jari kita ni saksi kat akhirat...sama ada digunakan mengetuk keyboard ke arah kebaikan atau tidak.
Kalau kat forum saya biasalah banned IP,kebanyakkan spammer la

 

Blogger Sastri kata ... (April 25, 2007 9:50 AM) : 

uih... mcm tu ek... kadang2 tertanya2 gak, kalau takde apa2 yg positif nak ditinggalkan, kenapa perlu meninggalkan jejak? mungkin orang sebegini takleh kawal diri kot?

 

Blogger Am kata ... (May 03, 2007 3:32 PM) : 

Kujie:
Itu yang Am selalu amalkan setiap kali menulis kujie, berhati-hati kerana tahu tangungjawab kita pada apa yang kita tulis

Sastri:
orang macam ini suka jadi penyibuk yang tak dialu alukan tapi masih tak sedar diri lagi

 

JOM TINGGALKAN JEJAK