eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, April 20, 2007

Bercerita tentang "Pasangan"

Hari Isnin lepas, Am bawa isteri Am periksa di KBMC, semua ok tapi kami terpandang satu pasangan tua. Mungkin suami isteri. Sisuami sentiasa membimbing isterinya yang nampak agak susah berjalan. Dua tiga kali juga ia melalui depan Am. Isteri Am tanya Am, mungkin kami bila tua nanti akan begitu juga. Am hanya tersenyum sahaja.

Am ada baca satu artikel yang mana setiap pasangan akan melalui beberapa peringkat dalam perkahwinan mereka. Dalam setiap peringkat itu mereka akan lebih mengenai pasangan mereka, lebih bertolak ansur sesama sendiri, belajar menerima kelebihan dan kelemahan pasangan. Jika pasangan itu berjaya melepasi semua peringkat itu maka kasih sayang pasangan itu akan makin bertambah dan ikatan antara mereka akan menjadi lebih kuat. Am setuju sangat dengan artikel itu.

Mungkin kerana tak berjaya dalam menangani semua peringkat ini dengan baiklah banyak pasangan yang berpisah sekarang, bercinta bagai nak rak berpisah pun bagai nak rak juga. Mungkin ramai yang kata masa bercinta itulah kita dapat mengenali pasangan kita tapi itu sebenarnya tak betul 100% kerana selepas berkahwinlah kita baru akan mengenai sifat, kelebihan dan kelemahan pasangan kita. Selepas berkahwinlah semua sifat-sifat itu terdedah sepenuhnya.

Terfikir semua, sudah lebih kurang 9 tahun Am berkahwin dan diperingkat mana Am sekarang ini

Nota Kaki :
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan............

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Pasangan""

 

Blogger Sastri kata ... (April 21, 2007 12:40 PM) : 

memang begitu agaknya... bila tengok arwah atuk ngan nenek sas, bila tgk mak ngan ayah sas, makin tua, makin nampak loving... mak dan ayah sas ke mana2 pasti berdua... kalau mak keluar bersama kami, sejam dua pastu pasti dia ajak balik sbb tingat kat ayah kat rumah... :D

 

Anonymous Anonymous kata ... (April 21, 2007 9:35 PM) : 

Salam Am, mmg benar Am...semakin lama semakin sayang..mcm tajuk lagu kan.

Thn ni saya kan menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 16, Insya-Allah dah sy telah menempuh semua peringkat dalam membina sebuah rumahtangga.

Awal perkahwinan, kita adalah dua individu yg masing2 belajar utk berkongsi dan bertolak ansur.
Sehingga tahun ke 10, mmg mencabar krn banyak masa di habiskan dengan anak-anak. Dalam tempuh tersebut, hubungan kita bukan tak rapat tetapi waktu tersebut kita terlalu sibuk utk membesarkan anak, memberi lebih perhatian pada anak2..ini tempuh paling kritikal..kalau tak faham, masing2 pentingkan diri sendiri, sering terjadi masalah pada peringkat ini. Pada tempuh ini juga, masalah kewangan agak ketat, dgn keperluan keluarga yg bertambah, waktu kerja dan segala masalah tu menyebabkan hubungan spt "kurang" akibat kurangnya masa yg kita habiskan dengan pasangan kita. Bersabarlah....ini cuma satu peringkat dlm rumahtangga.

Selepas 10 thn, jika anak-anak dah besar....masa utk bercinta semula..hehehe..mcm kakjie sekarang ni!

2-3 tahun kebelakangan ini, hubungan kami lebih rapat dan kami lebih banyak habiskan masa bersama, seperti keluar berduan-duan, menonton atau makan malam berdua. Lebih kerap bersms bila berjauhan..:p

 

Blogger Amiene Rev kata ... (April 22, 2007 7:27 PM) : 

Salam,

Saya sedang mengemaskini senarai jaringan blogger. Blog anda disahkan wujud. Sekian, terima kasih.

 

Anonymous Anonymous kata ... (April 23, 2007 10:40 AM) : 

Hmm.. dah sembilan tahun eek?
Aku pun dah lima tahun.

Agaknya fasa fasa yang kita lalui dengan pasangan kita tu sama tak dengan pasangan lain.

 

Blogger Am kata ... (April 24, 2007 11:42 AM) : 

Sastri:
Harap-harap kita pun macam itu nanti kan Sas

Kujie:
Semuga kujie dan hubby makin sayang menyayang ya, Am pun ada kawan yg sekarang macam honeymoon bila anak dah besar panjang

 

Blogger Am kata ... (April 24, 2007 11:44 AM) : 

amiene rev:
Akan terus wujud selamanya hehehe

Mazudi:
Selalunya sama sahaja mazudi tapi cara kita tangani yang berbeza

 

Blogger nora.rafael kata ... (April 24, 2007 3:54 PM) : 

salam

saya suka baca blog ini..saya suka membaca tentang pasangan yg bahagia..saya sgt bersyukur sbb di zmn skarang yang byk cabaran ni masih ramai yg amat menitikberatkan kasih sayang..syg sekali bagi mereka yg mensia2kan kasih syg yg telah terikat.. semoga semua manusia kat dunia ni akan menemui kebahagiaan yg dicari2..
AMIN

 

Blogger Am kata ... (April 24, 2007 4:46 PM) : 

bagaikanpu3:
terima kasih kerana suka membaca, ramai sekarang terlupa semasa kasing sayang itu ada bersamanya tapi kecewa dan mula menyesal bila kehilangannya, ya setuju semuga semua org akan temui kebahgian mereka

 

JOM TINGGALKAN JEJAK