Bercerita tentang "Anak" 43
Anak : Mama masa mandi ada telan air tak? Tergelak Am masa isteri Am cerita kisah ini dengan Am. Boleh dia fikir macam itu pulak. Sekarang dia sibuk tanya bila adik dia nak keluar. Kami kata semasa Harijadi dia nanti. Kebetulan isteri Am "due" beberapa hari lepas hari jadi anak Am tu. Kalau nasib baik baby tu lahir sama hari dengan harijadi dia. Jumaat lepas "Hari Ini Dalam Sejarah" dalam hidup anak Am dan kami semua kerana kali pertama dia kata dia nak makan ubat, kalau selalu tu memanjang sekejap sahaja. Am dan isteri memang terperanjat habis masa tu tapi muka dia selamba sahaja. Hujung minggu lepas Am pasang semua katil baby yang dah berhabuk bawah katil tu. Selepas dibersihkan dan siap dipasang dengan jayanya ingat nak tumpang sekejab dalam bilik anak tapi akhirnya di hendak katil tu terus dalam bilik dia. Dia kata bila baby dah lahir dia boleh jaga masa baby menangis nanti. Masalahnya masa baby menangis dia boleh sedar ke nanti hehehe Am dan isteri memang tak sabar, macam manalah anak Am ini jaga adiknya nanti ataupun akhinya nanti adik dia yang jaga dia. Tapi dari yang dia cakap dia memang sayang dan akan jaga adik dia betul-betul, kalau nangis dia akan jaga, kalau nak susu dia tolong suapkan dan tolong tepukkan. Nota Kaki : Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Anak" 43"
kau akan dikejutkan dengan berbagai bagai perkara yang tak terlintas kat fikiran ko bila kakak / abang melayan adiknya yang baru lahir.
At least ko ada cerita untuk blog ko.haha.
eh Am, bila due si wifey?
Mazudi:
yang itu yang tak sabar nak tunggu tu mazudi hehehe, betuk tu buat boleh entry sampai ada yang muak baca nanti hehehe
Faizah:
lebih kurang 14hb Julai nanti Faizah