eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Thursday, June 28, 2007

Bercerita tentang "Perancangan"

Dalam hidup kita ini dalam apa-apa perancangan yang kita buat tak kiralah baik atau buruk, jangka masa panjang atau pendek, Kadang kala perancangan tak berakhir dengan apa yang kita harapkan. Baguslah jika hasil perancangan lebih baik dari apa kita kita sasarkan tapi janganlah begitu kecewa jika berlaku sebaliknya. Selalu banyak faktor yang mengangu perancangan kita dan faktor yang yang payah faktor manusia itu sendiri terutamanya sikap. Melihat sebab kegagalan perancangan kita dan semangat untuk membaikinya jauh lebih baik dari cepat berputus asa.

Am selalunya kalau merancang sesuatu benda, Am akan sediakan sedikit ruang untuk pertukaran untuk saat-saat akhir atau sedikit ruang jika ada berlaku sedikit perubahan yang tak disangka. Am dah berpuas hati jika perancangan Am hanya 90% berjaya. Kata orang bijak pandai "Orang pandai ialah orang yang sentiasa ada perancangan tapi orang yang terpandai ialah orang yang ada plan B untuk perancangannya"

Am tak tahu nak masuk dalam golongan mana kerana "Plan B" Am selalunya ada bila masalah itu muncul. Sebenarnya tercerita pasal perancangan ini bila rancangan bnak berpinda pejabat ditunda ke waktu yang akan diberitahu kelak hehehe.


Nota Kaki :

Letih kemas barang tapi lebih letih bila dah kemas tapi tak jadi pindah pula hehehehe............

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Perancangan""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK