Bercerita tentang "Anak" 44
Besok sambutan Hari Guru di sekolah kebangsaan dan ugama anak Am, dari minggu lepas sibuk dia tnya nak beri apa pada cikgunya. Pelik Am semasa hari ibu tak pula dia tanya nak beli hadiah apa hehehehe. Am dah isteri dah sediakan hadiah untuk cikgu dan ustazah dia. Ada ker patut dia kata "Mama, kalau kawan lain tak kasi hadiah, kita bawa balik hadiah ni ya" Kerana terlampau banyak sangat hari, Hari Ibulah, Hari jururawatlah dan paling baru Hari Guru, anak Am tanya Mama dia "Mama, hari budak-budak tak ada ker?" Semalam jenuh Am cari dalam internet tarikh Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tapi tak berjaya, yang Am tahu ia jatuh pada bulan Oktober tapi tak tahu berapa haribulan. Ada sesiapa tahu boleh beritahu Am ya. Oh ya minggu ini anak Am akan kena suntikan BCG, sepatutnya minggu lepas dia kena tapi kerana ada kesilapan teknikal dia akan kena suntik minggu ini. Ada telefon cikgu dia dan cikgu dia beritahu tengok kawan kena pun dia dah menangis, harap-harap dia tak menangislah bila kena suntik nanti. Nota Kaki : Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Anak" 44"
Kat Jepun baru saje abis cuti hari kanak-kanak... cuti umum tu...
lawak laa anak Am... hadiah tu boleh ke dia guna/main? :p
Am, hari kanak-kanak mmg bulan Oktober tapi sy tak pasti bila harinya. Kat sekolah anak saya tiap tahun dpt makan ...ada ibubapa yg sponser burger mcD, siap org jual aiskrim dtg bawa satu tong...ada yg sponser air kotak..kek dan mcm..termasuk epal atau oren..memang mewah tiap tahun pada hari tersebut.
Tentang hadiah hari guru...sy mmg dah biasakan sejak awal, dia org buat kad sendiri utk cikgu..seronok Am...3 org anak utk 3 org cikgu....kita yang gembira ...project family