eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Tuesday, May 22, 2007

Bercerita tentang "Elektrik"

Malam tadi kali pertama dalam sejarah Am pindah ke rumah Am ni bekalan elektrik terputus, lebih kurang dua jam juga kami terpaksa bergelap. Nasib baik kami masih simpan lilin yang dibawa dari rumah sewa dahulu. Kalau tidak lagi haru dibuatnya. Pergi ke kedai semua lilin sudah habis dijual, mujur jiran sebelah rumah menderma tiga batang lilin pada kami tapi belum habis guna elektrik sudah pulih kembali.

Anak Am yang sedang belajar untuk peperiksaaan penggalnya minggu ini pun terkedu semasa elektrik terputus tu, rasanya ini pengalaman pertama dia. Seronok melompat sampai semput, merasalah juga kami sekeluarga tidur dalam kepanasan sekejab malam tadi hehehe

Petang nanti ada mesyuarat, aduh... bulan sibuk dah datang kembali, bulan depan akan sibuk dengan laporan untuk syarikat pula. Itu belum campur dengan sibuk nak berpindah lagi.


Nota Kaki :

Orang kerajaan dah kayooo, marilah belanja Am hehehe............

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Elektrik""

 

Blogger pB kata ... (May 23, 2007 10:59 AM) : 

Tak der elektrik , tahan lagi Am.

Tak der air, lagi parah .....

 

Blogger Sastri kata ... (May 23, 2007 1:13 PM) : 

setuju dgn kak pB tu.... :D

 

Anonymous Anonymous kata ... (May 27, 2007 12:40 AM) : 

nampaknya minggu sibuk AM akan tiba, tapi sibuk2...sure anak akan jadi pengubat kepenatan...

 

Blogger Abang Long kata ... (May 30, 2007 7:32 PM) : 

ya, bersetuju sangat, kalau tak ada air lagi parah ... tapi bila dipandang lagi jauh ... kalau tak ada duit .... lagi !@@##$%^

 

Blogger Orked kata ... (June 01, 2007 10:34 AM) : 

Am, kena spare lilin ye...he he

 

Blogger Unknown kata ... (August 17, 2007 4:16 PM) : 

Selamat bersibuk2 :D

 

JOM TINGGALKAN JEJAK