eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Saturday, June 16, 2007

Bercerita tentang "Gara-Gara"

Hari ini baru bawa anak Am pergi gunting rambut ala-ala komando. Ini semua gara-gara kerana dia pergi gunting rambut dia sendiri di sekolah ugama. Lansung tak boleh dibetulkan lagi sampai terpaksa potong nipis ala komando. Ada niat nak botakkan sahaja tapi kesian pula dia malu bila ke sekolah nanti hehehe.

Sekarang juga Am terpaksa isi minyak kereta di Shell gara-gara anak Am hendak kereta Ferrari tu, nampaknya terpaksa Am isi minyak di Shell sehinggalah cukup koleksi kereta Ferrari dia tu. Harap-harap selepas ini janganlah Shell keluar koleksi kereta lain pula hehehe.

Sekarang ini juga Am memang teramat penat gara-gara berpindah pejabat, banyak kotak yang hendak diangkat ditambah pula dengan perangai rakan-rakan pejabat yang amat mementingkan diri sendiri yang amat malas nak menolong walaupun mereka sedar yang nak berpindah itu satu pejabat bukan Am seorang sahaja. Semua ini gara-gara sudah terlebih besar kepala dan ingat diri terlebih handal walaupun kerani sahaja. Memang Am geram sangat rasa macam nak cekik-cekik sahaja hehehehe


Nota Kaki :

Nak perbetulkan sikit, Am berpindah pejabat bukan berpindah rumah ya hehehehe............

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Gara-Gara""

 

Blogger pB kata ... (June 19, 2007 1:17 PM) : 

Selamat Berpindah ...

pB dpt bos baru ...

rasa macam nak minta tukar la pulak ...

tapi takut, keluar mulut buaya , masuk mulut crocodile ...

 

Blogger Orked kata ... (June 19, 2007 4:05 PM) : 

Am,

Suami kakjie pun tukar ke Shell gara-gara koleksi kereta mewah tu :P

Slmt pindah opis ye AM..jgn mengamuk gara-gara dah penat..:P

 

Blogger Sastri kata ... (June 19, 2007 5:45 PM) : 

sas pun pening gara2 melayan karenah boss besar...

 

JOM TINGGALKAN JEJAK